Monday 26 February 2018

RUKUN AGAMA ADA EMPAT FASAL

RUKUN AGAMA ADA EMPAT FASAL
________________________________________
Agama islam ini adalah suatu agama yang murni dan sempurna. Kemurniaan agama itu pula dicukupkan oleh empat rukun.
Pertama : SYARIAT
Kedua : TARIKAT
Ketiga : HAKIKAT
Keempat : MAKRIFAT
Tanpa yang empat macam ini, bukanlah dinamakan agama ISLAM. Pokok pangkal bagi yang empat ini pula ialah MAKRIFAT.
________________________________________
Dan MAKRIFAT pula ialah kumpulan daripada syariat, tarikat, dan hakikat. Itulah yang disebut MAKRIFAT.
1. Syariat ertinya :
kenyataan/zahir
2. Tarikat ertinya :
jalan yang menyempurnakan syariat
3. Hakikat ertinya :
kebenaran yang sejati dan mutlak
________________________________________
Jadi kumpulan ilmu pengetahuan tentang syariat dan kesediaannya dengan tarikat, dan akhirnya akan bertemu dengan hakikat. Itulah yang disebut makrifat.
________________________________________
Maka nyatalah kepada kita bahawa makrifat itu adalah gabungan dari ilmu FIQH, ilmu USULUDDIN, dan ilmu TASAWUF. Kumpulan dari mantik, keindahan, dan cinta. Dengan demikian hanya empat fasal inilah yang menyempurnakan agama Allah di dalam dunia ini.
________________________________________
Jadi tanpa yang empat ini, semua amal ibadah, baik yang ZAHIR mahu pun yang BATIN, akan membawa masuk neraka. Sebab dalam setiap amal ibadah itu pasti ada syariatnya, tarikatnya, hakikatnya, dan makrifatnya.

No comments:

Post a Comment