RENUNG-RENUNGKAN
Apabila saya mengatakan bahawa saya tidak sesat, kenyataan itu tidak membantu sangat bukan? Apabila saya mengatakan bahawa saya tidak gila, adakah orang lain akan percaya?
Itulah yang paling MENAKUTKAN...
Mimpi yang paling MENGERIKAN...
Mimpi yang paling MENGERIKAN...
Apabila masyarakat telah memberitahu dunia bahawa kita ini telah GILA, bantahan kita selepas itu hanyalah akan mengesahkan lagi segala tuduhan mereka terhadap kita...
Setelah dunia mengiktiraf kita sebagai SESAT, segala perlakuan kita selepas itu akan turut dikira sebagai salah di mata mereka...
Bahkan jika kita mengemukakan hujah dan bukti yang logik dan munasabah sekalipun, itu pula akan dianggap sebagai penafian.. Mereka katakan bahawa kita ini tidak dapat menerima KENYATAAN @ KEBENARAN..
Jadi, apakah kesimpulan dari cerita ini?
Benarkah kita atau sesatkah kita?
Benarkah kita atau sesatkah kita?
Usahlah bertanyakan kepada saya;
Tanyalah diri masing-masing.
Tanyalah diri masing-masing.
No comments:
Post a Comment