Monday 19 February 2018

PENDIRIAN MAKRIFATULLAH

PENDIRIAN MAKRIFATULLAH
Saorang ahlul Makrifat ialah tak ragu akan akidahnya, dan tak pernah berubah walau pun dikafirkan orang. Mereka rela mati daripada berubah keyakinannya, mati adalah jalan yang terbaik dari semua jalan yang baik. Seorang ahlul Makrifat tak pernah luntur, walau pun dihujani dengan hujan fitnah. Kata-kata sesat dan kafir dianggapnya sebuah nyanyian seorang sufi yang sedang rindu kepada kekasihnya. Mereka tidak peduli akan kata-kata huruf dan suara. Hanya yang penting baginya perasaannya kepada Allah Apabila cintanya telah bersemi dan berupa penerimaan dari haliknya disinilah nilai hidup itu. baginya tak guna hidup, tanpa nikmat (Makrifat). Kerana Makrifat itu adalah jiwanya iman dan jiwanya iman adalah Ihsan.
Jadi jiwanya Islam adalah iman, dan jiwanya iman adalah Ihsan. Apabila jiwa-jiwa itu kosong dari Makrifat ; samalah hidupnya sebagai seekor binatang buas, yang rakus dan tak tahu diri. Kerana akhir tujuan hidup adalah Cinta dan Redha.
Apabila cinta dan Redha telah bebas dari belenggu kemakhlukan semata. Kerana dalam jiwa yang suci, akan melahirkan perbuatan yang suci pula. Dalam jiwa yang kotor, akan melahirkan perbuatan yang kotor pula. Tentang kata-kata suci dan kotor ini ; anda telah maklum adanya. Tak usah anda fikirkan lagi. Kerana bagi anda semua suci, semua halal, semua baik. Tidak ada kejahatan didalam dunia ini. Yang jahat itu dalam artian dunia ialah orang yang mengaku ada punya akal sendiri. Dan perbuatan sendiri iaitu diluar perbuatan Allah. Itulah yang dimaksud jahat atau jahil. Tetapi bagi kita, iman dan taat kafir dan maksiat, jahat dan baik ; adalah sama, dan semuanya adalah baik. Tidak ada perbuatan Allah itu yang jahat.
Bila datang dari Allah semua baik. Jadi pendirian seorang ahlul Hakikat atau hakikat semata ialah benar benar sudah bersih dari kesyirikan menyatakan, setiap perbuatan adalah baik, setiap gerak dan gerinya ibadat.
Setiap nafas keluar masuk Zikir. Jelasnya adalah gerak dan adalah puji (ingat).
Pohon dari ingat ini adalah Esa satu (bersatu dalam Rahsia). Apabila sudah benar-benar satu dengan seluruh alam dan Allah itulah kesatuan wujud namanya.
Sahdatul wujud artinya semua itu Allah dan Allah. Kalau sudah begini, inilah yang disebut Allah yang maha Esa. Yang maha sempurna. Kalau sudah begini katakanlah apa yang kau semuanya baik, sempurnanya ibadah dan semuanya ibadah yang sempurna. Kerana pokok pangkalnya segala kejadian, segala kehidupan dan segala perbuatan telah kita ketahui seluruhnya. Maka dari itu janganlah kita ada perasaan syak dan ragu lagi.
Tidak ada yang perlu ditakuti. Jangan takut kepada Allah, kerana Allah bukan hantu bukan Iblis dan bukan Jin dan bukan Malaikat semuanya bukan dan bukan.
Adakah orang takut dengan dirinya sendiri?
Adakah orang benci kepada dirinya sendiri?
Dan adakah orang menyeksa dirinya sendiri?
Adakah orang memerintah dirinya sendiri?
Adakah orang menyakiti kepada dirinya sendiri?
Yang ada hanya memuji dirinya sendiri
Mencintai dirinya sendiri
Merasa sendiri dan berbuat sendiri
Tidak ada yang diperintah dan yang diperintah
Tidak ada yang disakiti dan yang menyakiti, tegasnya kerana CINTA
Yang ada hanya memuji dirinya sendiri, merasa sendiri dan berbuat sendiri.
Semua orang merasa benar, mengaku baik dan mulia. Hampir semua orang merasa dirinya tidak bersalah, tidak berdosa, tidak tercela.
Semua orang mengaku baik dan Mulia dan sebagainya.
Hampir semua orang merasa dirinya tidak bersalah, tidak berdosa, tiada kersalahan.
Fahamilah kata-kataku ini. Kalau percaya ambil, kalau ragu buang jauh-jauh. Tidak ada paksaan dalam Agama Allah, pilihlah sendiri saja.

No comments:

Post a Comment