Wednesday 14 February 2018

'MAKHLUK' YANG PALING MULIA

'MAKHLUK' YANG PALING MULIA
Dalil mengatakan: "Al insanu sirri wa ana sirruhu", ertinya "Insan itu rahsiaKu dan Aku pun rahsianya". Dan lagi dalil: "Al insanu sirri wa ana sirru, sifatun wasifatin laghoirih", ertinya "Insan itu rahsiaKu, rahsiaKu itu sifatKu, tiada lain daripadaKu jua".
Maka dari itulah insan dilebihkan oleh Allah Taala daripada sekalian malaikat, jin, haiwan, tumbuhan, dan segala isi langit dan bumi; pun demikianlah hendaknya iktiqad kita itu adanya. Iaitu: iktiqad yang putus adanya.
Kalau anda sudah faham benar bererti putus iktiqadnya, dan tiadanya dan adanya; maka barulah mendapat makan ARIFFIN @ ARIFBILLAH yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment