Monday, 12 February 2018

ILMU HAKIKAT & GOLONGAN SYARIAT


ILMU HAKIKAT & GOLONGAN SYARIAT
________________________________________
Sejak zaman berzaman, telah timbul pertentangan di antara ahli² syariat yang buta mata hati dengan ahli² tasawuf yang arif lagi bijak, sehinggakan berlaku pertentangan pendapat, malahan perkara ini telah membawa kepada pertumpahan darah.
________________________________________
Kita pernah mendengar akan kisah bagaimana seorang ahli tasawuf mahsyur yang bernama Hallaj telah dibunuh oleh golongan syariat yang buta mata hati. Sheikh Abdul Kadir Jailani pernah berkata " Jikalau Hallaj ini hidup pada zamanku, nescaya aku akan pegang tangan orang yang membunuhnya."
________________________________________
Kita juga pernah mendengar akan kisah pertarungan hebat antara Syeikh Nuruddin Al-Ranini, iaitu seorang ahli syariat yang buta mata hati, bersama dengan konco-konconya, telah menjatuhkan hukuman pancung kepada seorang ahli ulama tasawuf yang bernama Hamzah Fansuri.
________________________________________
Faktor ini berlaku adalah akibat daripada sikap keangkuhan ataupun sikap "aku sahaja yang betul" serta lalai tentang ilmu Allah yang Maha Luas yang terdiri daripada cabang ilmu Syariat, Tarikat, Hakikat, dan Makrifat. Ulama² syariat ini mendabik dada kononnya, akulah orang yang menjaga hukum Allah. Ilmu Syariat sahajalah yang betul, ilmu lain dari syariat adalah salah, menyeleweng, sesat, dan songsang belaka.
________________________________________
Mereka bodoh, tetapi tidak mengetahui yang mereka itu bodoh, mereka jahil, tetapi tidak mengetahui yang mereka itu jahil, dan mereka menyangka ilmu Allah adalah sesempit dan secetek ilmu di dalam otak dan akal mereka.
________________________________________
Sikap² begini masih lagi dipusakai oleh sesetengah daripada kalangan tuan² guru dan ustaz² syariat yang buta hati dan berfikiran cetek pada masa kini. Nah! Akulah yang berkelulusan PhD dalam bidang syariat. Nah! Akulah yang telah 30 tahun belajar di Mesir, semua kitab syariat telah aku pelajari.
________________________________________
Mereka tidak akan pernah sedar bahawasanya yang kaca itu tetaplah kaca. Jauh lagi dari intan permata yang bersinar lagi berkilau cahayanya. Gilang gemilang menerangi seluruh nusantara alam maya ini hendaknya.
________________________________________
Al Fatihah buat para pejuang ilmu hakikat dan juga ilmu makrifat terdahulu yang telah berkorban jiwa dan raga demi menyampaikan amanat buat kita dan memartabatkan ilmu mengenal Diri dan mengenal Tuhan ini di seluruh pelosok dunia. Amiin2

No comments:

Post a Comment