Friday 16 February 2018

Hari Raya Terakhir

Inilah Hari Raya Terakhir

Apa khabar sekaliannya setelah menyambut hari raya? Moga-moga hari raya tahun ini adalah hari raya yang terakhir bagi kita semua dan semoga tidak ada lagi hari raya sesudahya. Moga-moga inilah hari raya terakhir bagi kita semua mudah-mudahan. Setelah kelihatan anak bulan, jangan biarkan lagi ia muncul sesudahnya. Jangan biarkan anak bulan kelihatan lagi setelah ianya tenggelam dalam ibu bulan. Biarlah selama-lamanya tenggelam dalam ibu bulan. Biarlah cahaya ibu bulan itu tetap kekal bercahaya melindungi, menyelaputi dan meliputi ibu bulan selamanya. Biar cahaya ibu bulan sahaja yang memancar, menyinar dan bercahaya di seluruh alam kehidupan kita semua. Biar kapas sahaja yang terzahir pada sekalian baju. Biar api sahaja yang kelihatan setelah besi tenggelam karam ke dalam api (jangan sampai kelihatan besi). Tenggelam baju ke dalam kapas dan tenggelamkan dirimu ke dalam Nur Allah. Karamkan garam ke dalam lautan masin biar yang kelihatan hanya masin. Sekalipun kalian memakai baju, hendaknya jangan terlupa kepada kapas dan sekalipun melihat alam jangan sekali-kali lupa bahawa yang melihat itu sesungguhnya adalah juga yang dilihat. Ingat pesanan ayahanda itu. Sematkan dalam dada buat selamanya dan pesan kepada anak isteri bahawa hari raya ini adalah hari raya terakhir bagi kita yang tenggelam dalam ibu bulan.

No comments:

Post a Comment