Saturday 17 February 2018

bukti kewujudan Tuhan

Apa bukti kewujudan Tuhan???
Ok, kalau nak tahu bukti, sila jawab soalan di bawah ini..
SIAPA kah yang boleh memberitahu semua fakta sains ini di dalam al - quran pada 1400 tahun yang lepas?
Dalam bidang Astronomi
1) Penciptaan alam semesta melalui proses "Big Bang" ( Al quran 21 ayat 30)
2) Alam semesta dalam bentuk gas di awal pembentukan ( Al - quran 41 ayat 11)
3) Bumi berbentuk geosfera - perkataan arab "dahaha" bermaksud telur burung kasawari ( Al quran 79 ayat 30)
4) Bulan tidak mempunyai cahaya sendiri tetapi cahaya pantulan - perkataan arab "munir" atau "nur" yang bermaksud cahaya pantulan ( Al quran 25 ayat 61)
5) Matahari beredar dalam orbit sambil berputar pada paksinya - perkataan arab "yasbaun" bermaksud sesesuatu objek yang bergerak sambil mempunyai gerakannya sendiri. ( Al quran 21 ayat 33)
6) Alam semesta mengembang - perkataan arab 'musiun' bermaksud kembangkan (Al quran 51 ayat 47)
7) Matahari merupakan sebuah bintang yang beredar menuju 'Solar Apex' dan akan mati di sana - perkataan arab 'mustaqar' yang bermaksud tempat yang telah ditentukan dan masa yang telah ditentukan. ( Al - quran 51 ayat 47)
8) Ruang angkasa tidak vakum tetapi ada jisim yang diberi nama 'interstellar matter' ( Al - quran 25 ayat 59)
9) Kewujudan partikel subatom ( Al quran 34 ayat 3)
Embriologi
1) Proses "descending of testis and ovary" daripada ruang antara tulang rusuk dan tulang belakang ke bawah. ( Al - quran 86 ayat 5 - 7)
2) Hanya satu daripada jutaan sperma yang berjaya masuk ke dalam satu ovum - perkataan arab yang digunakan ' sulalah' yang bermaksud bahagian terbaik ( Al quran 32 ayat 8)
3) Keperluan untuk sperma dan ovum disenyawakan untuk membentuk manusia - perkataan arab yang digunakan adalah 'nutfatin amshajin' bermaksud benih yang berpasangan. ( Al - quran 76 ayat 2)
4) Proses 'implantation' zigot di dinding uterus (Al quran 2 ayat 223)
5) Bentuk embryo seperti lintah, embryo tergantung di 'embronic stalk' dan seperti 'blood clot' - perkataan arab yang digunakan adalah 'alaqah' bermaksud ketiga- tiga perkara yang dinyatakan. ( Al quran 23 ayat 12- 14)
6) Genetik jantina di bawa oleh sperma daripada lelaki bukan perempuan ( Al quran 75 ayat 37 - 39)
Sains
1) Teknik cap jari digunakan sebagai salah satu teknik identifikasi ( Al quran 75 ayat 3- 4)
2) Ada 'pain receptor' di dalam kulit ( Al quran 4 ayat 56)
Geografi
1) Mengenai kitar air
- Proses penyejatan (Al quran 86 ayat 11)
- Proses kondensasi membentuk awan ( Al quran 15 ayat 22), ( Al quran 30 ayat 48)
- Mata air dan air bawah tanah berasal dari air hujan (Al quran 39 ayat 21), (Al quran 30 ayat 24), ( Al quran 23 ayat 18)
Geologi
1) Gunung sebagai pasak di mana bahagian gunung yang terbenam di dasar bumi melebihi bahagiam yang timbul di dasar ( Al quran 78 ayat 6-7)
2) Gunung menghalang plat tektonik daripada bergerak ( Al - quran 21 ayat 31)
Kajian Laut
1) Terdapat 'pycnoline zone' di antara air laut dan air sungai yang memisahkan air laut dan air sungai - perkataan arab yang digunakan 'barzakh' bermaksud penghalang. ( Al quran 55 ayat 19 - 20), ( Al quran 27 ayat 61), ( Al quran 25 ayat 53)
2) Kewujudan 'internal wave' yang menyebabkan cahaya matahari tidak dapat memasuki laut dalam yang menyebabkan laut dalam menjadi gelap. ( Al quran 24 ayat 40)
Biologi
1) Sel-sel benda hidup semuanya mempunyai air sebagai komponen utama ( Al quran 21 ayat 30), ( Al quran 24 ayat 45), ( Al quran 25 ayat 54)
Zoologi
1) Haiwan mempunyai sistem komuniti tersendiri ( Al quran 6 ayat 38)
2) Lebah memberitahu lokasi makanan dengan tarian yang bernama 'The Bee Dance'. ( Al quran 16 ayat 68 - 69)
3) Labah- labah betina makan labah- labah jantan ( Al quran 29 ayat 41)
4) Semut mempunyai sistsm komuniti mereka sendiri ( Al quran 27 ayat 17 - 18)
Fisiologi
1) Proses peredaran darah ( Al quran 23 ayat 21)
Dan banyak lagi fakta sains dalam al quran yang tidak dapat saya nyatakan disebabkan faktor masa.
Tetapi yang paling menarik adalah tiada satu pun fakta sains yang mampu menyanggah apa yang telah diberitahu oleh Al Quran 1400 yang lepas. Ilmu sains yang masih di fasa teori mungkin akan ada bertentangan dengan Al quran tetapi sehingga kini tiada lagi fakta sains yang mampu menyanggah Al Quran. Teori dan fakta adalah dua perkara yang berlainan.
Persoalannya di sini, SIAPA kah yang mampu memberitahu semua fakta sains ini di dalam Al Quran pada 1400 tahun yang lepas???
Dr Zulhilmi Hasif
Ketua Unit Media Dan Promosi PEACE

No comments:

Post a Comment