Wednesday 14 February 2018

*Bahagian-Bahagian Sholat*

*Bahagian-Bahagian Sholat*
Mengikut aliran/fahaman..
1. Sholat Syariat: Sholat 5 waktu & sholat sunnat yang dikerjakan menurut rukun dan syarat dan berkiblat ke Baitullah Kaabah.
2. Sholat Tarekat: Diperjalankan untuk menuju Allah dengan zikir nafas “Allah Hu”. Hu ketika masuknya nafas dan Allah ketika keluarnya nafas.
3. Sholat Hakikat: Sholat yang berkekalan atau disebut Sholat Daim. Tanpa rukun dan syarat serta tidak ada apa-apa bacaan selain ingat kepada Allah semata-mata di dalam keadaan berjalan, duduk, berbaring atau sedang berada di mana-mana sahaja. Ingat kepada Allah itu adalah di dalam qalbu, ruh dan rahsia sehingga tidak ingat lagi kepada Allah yang bererti fana kecuali ia diingati Allah atau Allah yang mengingatinya yang bererti baqa billah.
4. Sholat Makrifat: atau disebut Sholat Wusta yakni sholat yang di tengah-tengah sebagaimana firmanNya, “Ke mana sahaja kamu menghadapkan wajahmu di situ adanya Wajah Allah.” Sholat Wusta ini adalah di sudut relung matahati yang paling terdalam dan tersangat hampir dengan Wajah Allah. Umpama seorang yang sedang berdiri di tengah-tengah lengkaran padang sebuah stadium besar, ke mana pun ia berpaling, ia dapat melihat sesiapa sahaja di sekelilingnya. Sholat Wusta ini juga ialah menyaksikan Allah dalam segala sesuatu dan Allah menyaksikannya pula dalam segala sesuatu. Pendek kata, Sholat Wusta adalah Penyaksian, Penyatuan dan PengEsaan antara hubungannya dengan Allah dan bukan merupakan bentuk penyembahan.
5. Sholat Mikrajul Mukmin: Sholat inilah naiknya hamba kepada Dzat Rabbul Jalal – Kekasih dan turunnya pula kepada hamba sebagai Dzat Rabbul Jamal – Yang DiKasihi. Sholat Mikrajul Mukmin ini bahagian menghimpunkan dan menyempurnakan semua bahagian2 sholat yang dsebutkan.

No comments:

Post a Comment