Sunday 3 September 2017

LANJUTAN DIRI SEBENAR DIRI

LANJUTAN DIRI SEBENAR DIRI
Syekh ABDUL RA’UF berkata: "Yang sebenar-benar diri itu ialah nyawa. Yang sebenar-benarnya nyawa itu ialah Nur Muhammad. Dan yang sebenar-benarnya Nur Muhammad itu ialah sifat. Yang sebenar- benarnya sifat itu ialah zat."
Dan lagi kata arifbillah: "Bermula yang sebenar-benarnya diri itu ialah Roh, tatkala ia nasab sekalian tubuh, nyawa namanya. Tatkala keluar masuk, nafas namanya. Tatkala ia berkehendak, hati namanya. Tatkala ia ingin akan sesuatu, nafsu namanya. Tatkala ia memilih akan sesuatu, ikhtiar namanya. Taktkala ia dapat memperbuat akan sesuatu, akal namanya. Dan tatkala ia yakin akan sesuatu, iman namanya."
Jadi pohon akal itu adalah ilmu. Inilah yang disebut diri yang sebenar benar diri. Tetapi janganlah terhenti kepada roh itu sahaja, teruskanlah kepada yang hak iaitu Allah Ta'ala.
Dan firman Allah Ta’ala dalam Al Quran: ANA MINNURILLAH WAL ALIMU MINNUR, ertinya: "Aku daripada cahaya Allah, dan sekalian Ilmu daripada cahayaKu."
Dan lagi firman yang berbunyi: AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRI WASIFATIN WA SIFATUN LAGOIRIH, ertinya: "Insan itu rahsiaKu, rahsiaKu itu sifatKu, dan sifat itu tiada lain daripada Aku jua."

No comments:

Post a Comment