Thursday 21 September 2017

Kitab Ihya Ulumuddin Al Ghazali Tidak Autentik @ Tidak Asli?

Kitab Ihya Ulumuddin Al Ghazali
Tidak Autentik @ Tidak Asli?
Seorang "Pakar Hadis" tidak semestinya "Pakar Agama" dan begitulah juga sebaliknya... Di dalam pengajian ilmu Hakikat dan Makrifat, seseorang salik itu akan sentiasa diperjalankan dan dibimbing oleh Allah Taala Azzawajalla... Ada yang melalui pengalaman kerohanian, seperti dibawa berjumpa atau bertemu dengan para wali dan juga para nabi, termasuklah Nabi Muhammad dan Nabi Khidir... Ianya berlaku samada di dalam keadaan sedar ataupun melalui mimpi...
Pernahkah kalian mendengar hadis-hadis, yang mana perawi atau periwayatnya, adalah Imam Ghazali sendiri? Bagaimana beliau boleh menjadi perawi atau periwayat, sedangkan beliau tidak hidup sezaman dengan Rasulullah? Bagi mereka yang melalui perjalanan ilmu ini, tiada apa yang peliknya, kerana jika diizinkan oleh Allah, kita boleh saja bertemu dengan sesiapa saja yang kita kehendaki, yang terdiri dari golongan anbia, auliya, bahkan juga iblis atau azazil....
Kita yang ilmu hanya setitis ini, usahlah terlalu cepat menuduh dan menjatuhkan hukum kepada ulamak-ulamak dan wali-wali terdahulu, kerana tanpa mereka, mungkin sehingga sekarang ini tanah nusantara masih diselubungi kejahilan dan kegelapan di dalam ilmu tauhid dan juga makrifatullah... Gelaran "Hujjatul Islam" yang diberikan kepada Al-Ghazali itu juga, merupakan bukti bahawa beliau adalah merupakan salah seorang sarjana dan pemikir Islam yang teragung sepanjang zaman...
Akhir kata, renungilah pepatah lama ini;
"Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga"

No comments:

Post a Comment