Saturday 23 September 2017

TABLIGH ITU SIFAT RASUL

TABLIGH ITU SIFAT RASUL
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat yang mengikuti page ini.. Diharap semuanya dikurniakan nikmat kesihatan yang berterusan, nikmat rezeki yang tidak pernah putus, dan yang paling besar sekali, nikmat mengenal Sang Pencipta kita semua, iaitu tidak lain dari Dia, Allah Taala Azza Wajalla..
Di samping kita menuntut ilmu, janganlah sesekali kita mengabaikan sahabat-sahabat kita, ahli keluarga kita, jiran tetangga kita, bahkan rakan-rakan kita yang bukan Islam di luar sana yang masih belum mengenal diri mereka, dan masih mencari-cari Tuhan.. Sesungguhnya, Tuhan itu teramat dekat sekali dengan hambaNya..
Bertablighlah kalian.. Sampaikanlah ilmu ini kepada semua.. Kerana setiap daripada kita ini akan pulang bertemu Dia suatu hari nanti.. Dan setiap daripada kita ini akan di pertanggungjawab kan di atas setiap ilmu yang kita miliki.. Sampaikanlah walau sepatah ilmu kepada yang belum mengetahui.. Faham atau tidak itu, dan diterima atau tidak itu, serahkan semuanya kepada Allah.. Kerana hidayah itu, milik mutlakNya.. Amiin
Ikhlas dari kami,,
Admin Ana Al-Haq
Admin Sheikh Al Islam
Admin Khairul Mukmin

No comments:

Post a Comment