Sunday 24 September 2017

KE MANA KEMBALI NYA KITA

KE MANA KEMBALI NYA KITA
Berkata selanjutnya Syeikh Hamzah Al-Fansuri dalam KITAB ULIL AMRI karangan beliau :
ROH itu NYAWA dan bila mana Nyawa itu berpisah dengan Jasad, maka matilah Jasad ( pada namanya ).
Apabila Roh dapat KEMBALI SEMULA kepada Jasadnya, maka Jasad akan GHAIB.
Sebaliknya, Roh yang TIDAK DAPAT PULANG ke dalam Jasad akan BERKELIARAN di bumi ini. Roh ini menanti perintah hukuman Allah.
Oleh sebab kebijaksanaan Allah, maka Roh ini akan DIBERI LAGI SIFAT mengikut KELAKUAN semasa hidupnya sebagai manusia dahulu.
Kalau dahulu ia suka MELAGA-LAGAKAN ORANG, maka Allah memasukkan nya ke dalam SARUNG BINATANG seperti kambing contohnya. Jumpa sahaja kambing lain ia akan BERLAWAN HANTUK KEPALA sehingga Roh di dalam kambing itu MERAUNG KESAKITAN.
Inilah salah satu CONTOH yang dapat diberikan sebagai PANDUAN kenapa kambing suka BERLAGA KEPALA?
Ini adalah JALAN PENAMAT bagi manusia yang TIDAK MENGETAHUI cara bagaimana hendak MENGEMBALIKAN NYAWA SEMULA ke tempatnya, iaitu ke dalam DIRI MANUSIA itu sendiri.
Sebagai mana firman Allah Taala dalam Surah Al-A'raf ayat 25 :
Allah berfirman lagi : " Di bumi ini kamu hidup dan di bumi ini juga kamu akan dikeluarkan ( dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat ). "
Inilah dalilnya bahawa manusia yang MATI akan DIHIDUPKAN SEMULA di muka bumi ini. Sebagai mana firman Allah Taala dalam Surah Al-Waqi'ah ayat 87 :
" Kamu boleh mengembalikan Roh ( Nyawa ) itu ( kepada keadaan sebelumnya / ke tempat asalnya ) jika kamu orang yang benar ? "
SYURGA hanya kalau manusia DAPAT KEMBALI ke dalam Jasad manusia ,
Namun kalau dapat KEMBALIKAN DIRI SENDIRI kepada ZAT, maka inilah KEBESARAN, KEMULIAAN dan KESEMPURNAAN YANG HAQ.

No comments:

Post a Comment