Sunday 24 September 2017

Solat orang makrifat

Solat orang makrifat itu solat yang tak putus ,solat orang makrifat bukan terletak pada afaal . Tetapi solatnya dari hati yang sentiasa berhubung dengan Allah tak pernah putus. Kerana itu bagi orang makrifat tenggah berjalan ,berlari,duduk ,berbaring atau apa jua keadaan tetap solat .
Firman Allah :
Jika kamu takut ,maka (solat)berjalan kaki atau berkenderaan , apabila kamu telah aman, maka ingatlah akan Allah , sebagaimana dia telah mengajarkan kepadamu apa apa yang tiada kamu ketahui.(Al Baqarah ayat 239)
Dari ayat itu kita dapat faham bahawa hanya solat bagi ahli makrifat boleh laksana dalam apa jua keadaan,jika solat afaal mana mungkin boleh dilaksanakan dengan cara berlari. Maka renungkanlah wahai ahli makrifat sesungguhnya apa jua keadaan hubungan dengan Allah tak boleh terhenti atas waktu sebagaimana solat afal .(bukan ahli jangan menyibuk)

No comments:

Post a Comment