Sunday 24 September 2017

HIDAYAH DATANG DARI ALLAH

HIDAYAH DATANG DARI ALLAH
Merenung kisah seorang sufi
bernama " Atabul Ghulam " yang
pada mulanya dianggap " fasik "
kerana banyak terlibat dengan jenayah
dan segala macam kekejaman yang
dilakukan ...
Atabul Ghulam sangat ditakuti oleh
masyarakat atas kekejaman nya itu
dan pada suatu hari semasa beliau
lalu dekat suatu majlis dia terdengar
seorang syeikh berkata :
" setiap dosa akan diampunkan walau
sebesar dosa seperti Atabul Ghulam "
Alangkah terkejutnya Atabul Ghulam
mendengar kata - kata syeikh itu !
dalam hatinya dia berkata :
" rupanya sungguh zalim aku ini
sehingga diri ku menjadi bualan
di suatu majlis "
Dengan rahmat Allah serta merta
jiwanya menjadi lembut dan
beroleh kesedaran , Atabul Ghulam
lalu bertaubat dengan sepenuh hati
( TAUBAT ITU ADA DUA , TAUBAT
ORANG AWAM DAN ARIFBILLAH ,
ORANG AWAM BERTAUBAT DARI
SEGALA DOSA , DAN ARIFBILLAH
PULA BERTAUBAT DENGAN BERSERAH
DIRI , MELENYAPKAN KEAKUAN SEHINGGA
YANG NYATA / YANG ADA HANYA ALLAH )
Allah yang memberi hidayah dan akhirnya
Allah swt juga yang mengangkat beliau
menjadi wali Allah yang terkenal di langit
dan di bumi
Sahabat ..,
dari kisah di atas maka faham lah kita :
WALAU PUN DOSA KITA BANYAK
UMPAMA BUIH DI LAUTAN SEKALI PUN ,,,
NAMUN JANGAN LUPA SAHABAT KU
BAHAWA PENGAMPUNAN ALLAH ITU
SELUAS LANGIT TERBENTANG ...
Firman Allah :
" jangan lah kamu berputus asa dari
rahmat Allah , sesungguhnya
orang - orang yang berputus asa dari
rahmat Allah adalah orang - orang
yang sesat "
Kalam oleh sahabat yang dikasihi
Tuan Qalbu Mukmin Baitullah

No comments:

Post a Comment