Friday 12 May 2017

Ws

Catitan ringkas pagi ini.

Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.

Ayam memanggil anaknya makan, adalah dengan bahasa atau cara ayam. Kambing panggil anaknya makan adalah dalam bahasa atau cara kambing dan harimau pula memanggil anaknya makan dengan cara atau bahasa harimau. Mana mungkin harimau menuduh kambing berbahasa salah bilamana tidak menggunakan bahasa harimau untuk memanggil anaknya makan. Mana mungkin kambing pula menuduh ayam itu salah bilamana tidak memanggil anaknya makan dalam bahasa kambing.

Disini menggambarkan bahawa harimau itu benar, kambing itu benar dan ayampun benar. Inilah yang dikatakan orang makrifat. Tidak menyalahkan mana mana pihak. Janji menuju kepada Allah yang satu. Orang yang berilmu makrifat, mereka itu tidak sekali kali akan menuduh ilmu ilmu lain rendah, sesat atau salah. Melainkan benar belaka. JANGAN SEKALI KALI HENDAKNYA CEPAT MELATAH, UNTUK MENUDUH ORANG ITU SESAT ATAU MENUDUH ORANG INI SALAH DAN SEBAGAINYA.

Akhir kata...
Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada sahabat sahabat yang memberikan salam dan terima kasih semua diatas segala perkongsian ilmunya disini. Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

Zaini Zakaria.
Klang, Selangor.

No comments:

Post a Comment