Monday 29 May 2017

fb

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunan ku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". (Al Baqarah: 124)
Janji Allah berkekalan hingga ke akhir zaman sehingga zahirnya 'khataman Imam' yakni Imam Al Mahdi. Habibullah yang membawa kitabullah ini , kedudukan mereka adalah di antara Syiah dan Ahlus Sunnah , dan tidak pernah dan tidak akan cenderung kepada mana-mana aliran pun . Mereka lah pembela sunnah nabi saw sepanjang zaman sejak di zaman Khulafa Ar Rasyidin sehingga akhir zaman . Mereka tidak pernah melampaui batas dalam semua hal.
Mereka tidak mengambil ilmu dari kitab-kitab, tidak mengarang kitab , tidak menulis kitab , kerana mereka itu adalah pintu kepada kota ilmu dan mereklah kitabullah yang hidup dan bergerak. Tidak pernah cuba menambah-nambah apa yang Nabi saw ajarkan kepada mereka , mereka juga pencela golongan pelampau dan ahli bid'ah serta menyatukan antara semua aliran yang sedang berpecah-belah.Merekalah yang Nabi saw berpesan , "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara berharga (tsaqalain) yg akan menyelamatkan kamu dari kesesatan , sealgi kamu berpegang kepada keduanya , Kitabullah dan habibullah ,yakni ahlul bait." (HR Tirmidzi / Sahih)
Imam Ahlul Bait as, merekalah Ahlus Sunnah dan Ahlil Islam yang tulen . Maksud 'ithrah' ialah Imam pewaris setiap zaman , keturunan yg diisucikan apabila Allah mengampuni dosa mereka melalui taubat mereka.

No comments:

Post a Comment