Wednesday 31 May 2017

Syaikh Abdul Qadir Dengan Seekor Kucing

Syaikh Abdul Qadir Dengan Seekor Kucing
Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi, Syaikh Abdul Qadir Jailani hampir terlewat untuk solat subuh. Tiba-tiba, ada seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur. Lalu menggerakkan badannya sehingga Syaikh Abdul Qadir Jailani pun terjaga dari tidurnya. Menyedari beliau telah lewat, beliau segera berwudhuk dan mendirikan solat subuh pagi itu.
Setelah selesai solat, beliau memandang kucing yang menggerakkannya saat tidur tadi. Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat? Beliau bertanya: "Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku agar aku solat subuh?"
Kucing itu menjawab: "Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, aku akan jelaskan kepadamu.” kucing tersebut menyambung “Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu, kamu akan melakukan seratus rakaat solat lagi sebagai penebus dosamu, jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala dua rakaat".

No comments:

Post a Comment