Thursday, 11 May 2017

SIFAT DAN ZAT TIDAK BERPISAH

SIFAT DAN ZAT TIDAK BERPISAH
Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan pada Zat. Bagi segi pengetahuan, Zat itu ialah pengetahuan itu sendiri. Pada segi wujud Zat itu adalah hidup itu sendiri. Pada segi kehendak, Zat itu adalah iradat itu sendiri.
Jika sifat itu hakikat yang berasingan, maka jadilah sifat itu tambahan sebenarnya dan ini adalah tidak mungkin. Zat ialah hidup, pengetahuan (ilmu), kehendak, pendengaran, percakapan.
MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr (yang lain) iaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya. Tidak ada ruang bagi sifat di sini.
Firman Allah :
"Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu."
Peringkat ini adalah bahaya kerana ada orang yang direjam dengan batu hingga mati kerana perkara ini. Di sini Ayniyat (keDirian keEsaan) Zat dan pembezaan sifat bercantum, yang satu tidak mendinding yang lain. Esanya Zat tidak mendinding banyaknya sifat dan begitu juga sebaliknya.
Banyak sifat adalah perkara khayalan dalam ilmu, iaitu ia tidak wujud bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam.
Misalnya aku mempunyai beribu-ribu sifat. Sungguh pun sifatnya banyak namun Zatnya tidak lebih dari satu, kerana hakikat perkara yang sebenarnya, seperti 1 + 0 + 0 = 1.
Sebaliknya pula zat itu melarutkan dan meresapkan banyaknya otak, dan menimbulkan syak wasangka. Proses ini jika berlanjutan akan menjadi kufur yang bererti menyembunyikan satu hakikat dengan kegelapan syak wasangka.
Firman Allah :
”Allah telah menutup hati mereka, pendengaran mereka, dan pandangan mereka ada penutup, dan bagi mereka azab yang besar” (Al-Baqarah, ayat 7)
Syeikh Hussein Mansur Al-Hallaj

No comments:

Post a Comment