Thursday, 11 May 2017

MENGHORMATI IBU LEBIH UTAMA DARI BERJIHAD

EDISI HARI IBU
MENGHORMATI IBU LEBIH UTAMA DARI BERJIHAD
Seorang datang kepada Nabi SAW. Dia mengemukakan hasratnya untuk ikut berjihad. Nabi SAW bertanya kepadanya:
"Apakah kamu masih mempunyai kedua orang tuamu?" Orang itu menjawab, "Masih." Lalu Nabi SAW bersabda, "Untuk kepentingan mereka lah kamu berjihad."
(Mutafaq'alaih)
Penjelasan:
Nabi SAW melarangnya ikut berperang kerana dia lebih diperlukan kedua orang tuanya untuk menguruskan mereka.
| JANGAN DURHAKA PADA ORANG TUA
Rasulullah SAW bersabda:
"Hukuman semua dosa ditangguhkan oleh Allah SWT hingga Hari Kiamat kelak, kecuali hukuman bagi orang yang durhaka kepada orang tuanya. Sungguh Allah akan mempercepat hukuman kepadanya.
Allah akan menambah umur seorang hamba, jika ia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Bahkan Allah menambah kebaikan siapa saja yang berbakti dan menafkahkan kedua ibu bapanya."
(HR Ibnu Majah)
"Wahai Para Muhajirin dan Warga Ansar, barang siapa yang memuliakan para Isterinya di atas kemuliaan Ibunya, maka Allah beserta Malaikat dan manusia melaknatnya. Allah juga tidak menerima kebajikannya, sehingga ia bertaubat kepada Allah SWT. Serta berbuat baik dan memohon keredhaan kepada Ibunya."
(HR Tirmidzi)
| SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGASIH
DAN MAHA PENYAYANG
Allah SWT berfirman (Hadis Qudsi):
"Hai Anak Adam, Aku menyuruhmu tetapi kamu berpaling, dan Aku melarangmu tetapi kamu tidak mengendahkan, dan Aku menutupi (kesalahan kesalahan) mu tetapi kamu tambah berani, dan Aku membiarkanmu dan kamu tidak mempedulikan Aku.
Wahai orang yang esok hari bila diseru oleh manusia akan menyambutnya, dan bila diseru oleh Yang Maha Besar (Allah) dia berpaling
dan mengesampingkan, ketahuilah, apabila kamu minta Aku memberimu, jika kamu berdoa kepadaKu Aku kabulkan, dan apabila kamu sakit Aku sembuhkan, dan jika kamu berserah diri Aku memberimu rezeki, dan jika kamu mendatangiKu Aku menerimamu, dan bila kamu bertaubat Aku ampuni (dosa-dosa) mu,
dan Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih."
(HR Tirmidzi dan Al Hakim)

No comments:

Post a Comment