Thursday, 11 May 2017

Manusia ada empat (4) jenis:

Manusia ada empat (4) jenis:
a. Mereka yang melihat Haq sahaja dan tidak melihat yang dijadikan (makhluk).
b. Mereka yang melihat makhluk pada zahirnya dan haq pada batinnya, mereka itu digelar “Dhawil-‘aql” (orang-orang akal), pada mereka Haq itu dicerminkan dalam makhluk.
c. Ada pula yang mereka yang melihat Haq pada zahirnya dan makhluk pada batinnya, mereka ini digelar “Dhawil-‘ain" (orang-orang mata), pada mereka makhluk ini dicerminkan dalam Tuhan.
d. Ada pula yang melihat Allah dalam makhluk, dan makhluk dalam Allah, tanpa dinding antara mereka dan meraka ini digelar "Dhawil-ain wa’ aql". Ini berkaitan dengan melihat Wahdat (satu) berserta dengan Khatrat (banyak). Ghazali berkata bahawa tauhid tulen ialah memerhatikan Allah dalam semua. ”Dia lihat Jamal (keindahan) Allah dalam semua perkara”.
Jamal ini ialah Hakikat Muhammad saw dalam semua perkara yang wujud, kerana semuanya bergantung kepada hakikat ini dan ini adalah penzahiran. Hakikat itu dan kembali kepadanya. Keindahannya ternyata dalam semua perkara dan semua perkara adalah cerminnya.
Salik jenis yang terakhir ini mempunyai Muhammad sebagai Pusat (center) nya.

No comments:

Post a Comment