Friday, 12 May 2017

Kalam

Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
12.05.2017
15Syaaban1438H

Dicatatkan oleh Ustaz Kassim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..

Terkadang didalam pemberian dan anugerah ada tegahan dan dlm tegahan ada kurniaan. Apabila dibukakan pintu kefahaman bahawa dalam tegahan itu adalah kurniaan

Bermula tegah Allah kepada seseorang hamba-Nya daripada diperoleh segala kehendak syahwatnya dan lazat nya maka itu adalah satu anugerah yang amat besar. Jadi tegahan itu adalah satu kemuliaan sedang kan anugerah itu satu kehinaan

Adakalanya pemberian dan anugerah ALLAH yg berupa kesenangan dunia itu adalah merupakan satu tegahan daripada petunjuk dan hidayah Nya.. dan ditegah Nya daripada pemberian itu adalah satu anugerah kerana diberi Nya hidayah dan Taufiq

Muhyiddin Ibnu Araby berkata.
Apabila ditegahkan kehendak mu itu bermakna satu Anugerah Nya, dan apabila dikurniakan engkau itu bermakna penolakan Nya. Oleh itu pilih olehmu daripada tidak mengambil dan meninggalkan tadbir dan ikhtiar serta serahlah kepada kehendak Allah

Apabila membukakan bagi engkau faham atas tegahan Nya, maka jadilah tegahan itu satu pemberian dan anugerah

Jangan besar layar daripada perahu.. karam nanti.. kena ukur size biar padan

Ada orang layak dapat byk nikmat kerna kuat iman, dan ada orang yang tidak layak kerana nanti takut punah iman

Kata Syeikh kami

Kata Abu Abbas ra..
Tiap-tiap jahat adab dan berbuat adab itu adalah adab. Katanya tiada yang mengetahui anugerah dalam tegahan Allah itu melainkan orang yang Siddiq

Kena pandang dan tilik pasal apa Allah dok bagi nikmat byk.. pandang dan sangka baik dgn Allah kenapa Allah tak beri nikmat kepada kita mungkin takut kita rosak dan bertukar

bermula alam itu zahirnya adalah tipudaya tiada hakikat baginya sedangkan bathin nya adalah tempat memandang segala hakikat haqaiq daripada kaya dan baqa bagi ALLAH dan faqir dan fana itu bagi hamba

Nafsu itu suka dan hanya memandang kepada zahirnya dan terpedaya ia dengan nya, bila ada suka, dan duka bila tiada

Sedangkan hati itu menilik kepada bathinnya, suka bila ketiadaan dan duka bila ada.

Orang-orang dulu bila datang dunia kepada mereka akan dikatanya telah disegerakan balasan dosa dan apabila jadi faqir maka katanya itulah sebaik-baik tanda segala orang yang Soleh


Takut bimbang bila datang nikmat liar dan lalai dgn Tuhan bahkan ada yang guna nikmat Tuhan untuk lawan Tuhan

Bermula dunia zahirnya adalah kesukaan dan bathinnya adalah kejahatan

Syeikh Abdul Qadir Jailani kata...
Bila kamu pandang dunia kamu pandang seolah-olah kamu lihat orang sedang buang air besar..

Rasulullah saw telah menegahkan kita agar tidak melanjutkan pandangan kepada dunia dan berpaling daripadanya kerana dunia itu zahirnya manis dan bathinnya keji

Jgn kamu tertipu dan terpedaya dengan kehidupan dunia kerana zahirnya indah serba manis namun bathinnya keji, hina dan binasa

Masuk ke mulut sedap keluar ikut dubur busuk .. itulah dunia yg manis pada awalnya tapi busuk dan kotor akhirnya.

Orang zuhud luar dan dalam dan orang kamil selamat daripada dunia dan boleh pegang dunia seperti ikan tak terpengaruh dengan masin air laut..

Orang-orang zaman dahulu seperti zaman sahabat boleh pegang dunia dan tak terpengaruh dengan dunia

Masuk sufi baru dapat sifat murah hati

Barangsiapa yang memandang dunia pada awal sifat kejadiannya nescaya tiada terpedaya ia pada akhirnya. Barangsiapa yang mengetahui dunia pada hakikat bathinnya nescaya tiada ujub ia pada zahirnya..
Barangsiapa yang pada kesudahannya dunia nescaya tiada ingin kepada kesukaannya

Kena jadi macam ikan dilaut yang tidak terkesan dgn air masin begitu juga kita kena ada iman dan zuhud barulah tak terpengaruh dengan dunia dan barulah boleh pegang dunia

Bahawa sanya segala kun alam ini adalah zulmat dan aqyar dan nafsu itu tiadalah melihat pada hakikat sedangkan hati itu melihat ia dgn ainul hakikat dan tiadalah dipandang nya melainkan ALLAH jua

Allah menjadikan alam ini bagi menzahirkan keesaan, keagungan dan kesempurnaan Nya

Jika engkau berkehendak kepada kemuliaan yang tidak binasa maka janganlah engkau memuliakan kemuliaan yang fana ..

Bermula kemuliaan yang tiada fana itu iaitu kaya daripada segala asbab dan diperolehinya Musabab iaitu ALLAH yang kekal, mulia dan kaya

Ramai orang yang terhijab dengan asbab daripada memandang ALLAH

Kena bersandar dan bergantung dengan ALLAH yg kaya dan kekal..

Kemuliaan yang fana itu adalah kaya dengan asbab yg fana dan faqir sehingga terhijab dengan Musabbab iaitu ALLAH menjadikan ia hina dan binasa

Kaya dengan asbab itu fana dan binasa

Tidak dapat tidak melainkan akan beroleh salah satu antara keduanya kerana kedua-dua itu berlawanan dan mustahil berhimpun kedua-dua nya.

Jikalau engkau pilih kemuliaan yang kekal nescaya tiada siapa yang dapat menghina engkau

Tidak jadi hina orang yang Allah muliakan dan tidak jadi mulia orang yang Allah hina...

Kata Syeikh kami

Tersebut dalam kitab Tanwir kata mualif..
Jikalau engkau mulia dengan Allah nescaya kekal muliamu dan jikalau engkau mulia dgn selain Nya nescaya tiada kekal mulia dan pasti akan binasa

Kata setengah mereka itu..
Maka hendaklah engkau jadikan Allah bagi tiap-tiap kemuliaan mu nescaya kekallah ia dan jikalau engkau mulia dgn yang mati nescaya muliamu itu akan mati

Kata sesetengah orang Arif ke atas orang yang Arif yang sedang menangis, maka katanya..
Kenapa kamu menanggis? Katanya kerana mati Syeikh nya .. maka kata orang Arif itu kepada nya..kenapa engkau jadikan Syeikh mu orang yang mati

Makanya lazim kan lah atas maqam tajrid iaitu menghilangkan barang yang lain daripada hatimu

Hakikat tajrid menghilangkan yang lain selain ALLAH dalam hatimu

Tiap-tiap sesuatu yang mulia yang menjadi hijab dgn Allah itu adalah kesudahannya hina dan tiap-tiap yg hina yg boleh menyampaikan kepada Allah itu kesudahannya baqa dgn Allah dan mulia

Tika hilang semua tempat bergantung dan bersandar dan telah bangkrap semua sekali barulah dapat jadi sufi dan sampai kepada ALLAH. Barulah merdeka

Maqam merdeka itu tiada sempurna melainkan dengan tajrid dan tahkik pada hakikat tauhid.

Sampai tajrid barulah hilang usaha, hilang tadbir dan sudah dapat yakin, tawakkal dan merdeka

Barangsiapa beroleh mulia dgn hal atau maqam maka mulianya adalah sementara kerana hal dan maqam itu fana.

Barangsiapa yang beroleh mulia dengan Allah maka adalah baginya maqam yang kekal tiada fana

Fana karam dalam lautan ahadiyyah dan fana sifat mazmumah

Bermula lipat yang hakiki  adalah terlipatnya dunia daripada mu sehingga engkau lihat akhirat itu terlebih hampir kepada mu daripada dirimu sendiri

Lipat sebenar adalah terlipat dunia dan sampai kepada akhirat

Jikalau bercahaya nurul yakin dalam hatimu nescaya hilang lah dunia dalam pandangan nya dan terlihat lah akhirat terlebih hampir kepada nya daripada dirinya

Lipat dunia nampak akhirat dan terus sampai kepada ALLAH..
Barangsiapa kasih dunia mudharat akhiratnya, barangsiapa yang kasih akhirat maka mudharat dunianya, barangsiapa yang kasih ALLAH mudharat keduanya maka pilih yg kekal atas yang fana

Orang yang sampai dapat berita gembira daripada Allah.. dia tahu ibadat nya diterima atau ditolak oleh Allah

Barangsiapa yang ada dengan musyahadah nescaya tiada lah kasih kepada dunia yang fana dan pasti hadir kasih akhirat yang kekal

Bermula gemar dan kasih dunia itu melemahkan gemar kepada akhirat dan tanda dhaif nya yakin

Barangsiapa yang tidak bercahaya hatinya dengan nurul yakin nescaya tiadalah dapat melihat kerajaan Allah yang amat Besar, tak nampak syurga dan neraka

Barangsiapa yang tidak dapat memandang besar nya kerajaan ALLAH nescaya kasih lah kepada dunia dan tiadalah ada harga dirinya pada sisi Allah

Jika dunia ini ada nilai sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak tuang setitik air dalam mulut orang kafir

Dikata orang kepada Abu Yazid bahawa sifulan berjalan diatas air maka katanya ikan itu terlebih ajaib daripada demikian itu kerana ia adalah pekerjaan nya

Orang awam hanya tengok karamah dan benda lebih bawah wali

Dikata orang lagi bahawa sifulan itu berjalan diatas angin maka katanya burung itu terlebih ajaib aku daripada demikian itu kerana ia halnya

Kata orang lagi bahawa sifulan itu berjalan ia ke Mekah dan kembali nya pada hari itu juga maka katanya iblis itu terlebih ajib pelik aku daripada yang demikian itu kerana ia berkeliling bumi sekalian nya dalam satu ketika jua namun dilaknat Allah atasnya

Kata setengah orang Arif..
Barangsiapa yang berjaya dalam menyalahi hawa nafsu nya nescaya terlebih besar daripada berjalan diatas air dan diatas angin

Dapat berjaya nafsu mutmainnah itu lebih besar daripada segala nya

Bahawasanya terlipat itu tiga bahagi..
Terlipat segala sifat Nafsiyah dengan sifat rohaniyah
Terlipat sifat duniawiyah dengan segala sifat-sifat uhkrawiyah.
Terlipat segala sifat akuan dengan segala sifat Rahman.. inilah sifat orang yang Muqarabbin

Bermula pemberian daripada makhluk itu dinding dan tegahan daripada Allah itu kebajikan

Hukum-hukum Allah hari ini kalah ditangan2 manusia... kata Syeikh kami

Bermula pemberian daripada makhluk itu hijab kerana terdinding daripada melihat ALLAH dan tegahan daripada Allah itu anugerah dan kebajikan kerana melazimkan dirimu berada dipintu Allah

Dipintu Allah dgn merayu, munajat dan doa

Kata Syeikh Abu Hassan ra.
Berwasiat kepada ku Syeikh ku Abu Muhammad Abdul Salam..
Katanya engkau lari daripada kebaikan manusia itu terlebih baik daripada engkau lari daripada kejahatan mereka kerana kebaikan mereka memberi kesan pada hatimu sedang kan kejahatan mereka hanya terkena pada badan

Mulia menyucikan diri daripada pemberian makhluk itu terlebih baik daripada beroleh faedah

Berkata setengah hukama..
Sabar atas ketiadaan terlebih mudah daripada menanggung kurnia

Apabila kasih ALLAH akan hamba Nya nescaya dihijabkan daripada dunia dan disibukkan dgn Nya dan dikurniakan akhirat

Apabila menghendaki ALLAH pada segala hamba-Nya kebajikan nescaya diilhamkan akan dia amal dan dianugerah Taufiq dan ikhlas dalam amal

وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الاآخرة حسنة وقنا عذاب النار

آمين يا رب العالمين🌹

No comments:

Post a Comment