Wednesday, 12 August 2015
Hikmah & Tazkirah
Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yg digemari sewaktu muda semakin tidak menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri. Contoh2 yang diberikan.
SATU •
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.
DUA •
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah utk berqiamulail, mengerjakan solat2 sunat seperti tahajud, solat taubat & lain2. Barangkali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang untuk melakukannya sebelum berakhir usia.
TIGA •
Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca AlQuran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah untuk khatam. Paling tidak pun sekali setahun.
EMPAT •
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.
Allah masih sayang kepada kita... diberi peluang untuk baiki keaddan sebelum menyesal.
Wallahualam. Sekadar berkongsi.
Pls share
-Ketika Nabi Musa Alayhi Salam melalui satu tempat .. Kemudian Nabi Musa bertemu dengan seorang lelaki yg kudung kaki, tangan, badan di makan ulat dan buta mata sedang bertahmid memuji Allah SWT ...
lalu Nabi Musa bertanya
Mengapa kamu memuji akan Allah SWT ? (Walhal dirinya diuji dgn pelbagai penyakit)
Lalu lelaki tersebut menjawab..
Kerana Allah SWT telah memberikan aku lidah yg masih boleh berzikir dan hati yg sentiasa bersyukur ...
Wallahualam
via: Ustaz Bakri At-Tijany
Kisah Rasulullah dan wanita tanpa inai.
"Daripada ibnu abbas, ada seorang wanita dtg tanpa inai. Baginda tidak mahu membaiatnya sehingga dia memakai pewarna tangan."
HR abu daud.
Aisyah bercerita tentang wanita tanpa inai.
"Seorang wanita menghulurkan tangannya bersama sebuah kitab. Wanita itu pelik, kenapa Nabi tidak mengambilnya ? Nabi bertanya, "ini tangan lelaki atau wanita ?"
Katanya, "wanita"
Kata Nabi" jika engkau seorang wanita, sudah tentu engkau ubah warna kukumu dengan inai"
HR al nasai
Inai berhias.
Islam meraikan fitrah manusia untuk berhias. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengajar inai itu dihiaskan dengan satu cara sahaja. Baginda tibk mengongkong kreativiti dan inovasi. Ada hadis riwayat abu daud melaporkan bahawa wanita pada zaman Nabi SAW memakai inai secara "ikhtidad" , iaitu meletakkan inai pada tapak tangan. Kreatif bukan ?
Hukum memakai inai bercorak.
Muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama islam malaysia kali ke-88 yg bersidang pada 2 oct 2009 telah membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak.
Satu antaranya:
- mengenai corak ukiran yg digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang-lambang dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yg bertentangan dgn syarak adalah dilarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment