Monday 31 August 2015

merdeka

Assalam....Tazkirah Merdeka Merdeka!...Merdeka!...Merdeka!.. Menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima @ jenaral perang tentera Rome yang bernama Rustam:
Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw dan para sahabat berjuang membebaskan diri mereka dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengannya. Maka kemerdekaan yg hakiki adalah membebaskn sifat diri kpd melaksanakn segala perintah Allah, tanpa halangan dan gangguan, dan bebas utk beramal dgn segala perintah Allah Azza Wajalla..

No comments:

Post a Comment