Sunday 23 August 2015

Tasawuf & quran


Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar(hak), maka janganlah sampai kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu ditipu terhadap Allah oleh para penipu!

- Fathir:5

Murid yg wasil itu telah berakhir suluknya serta gurunya dan bermula suluknya serta Tuhannya!

Biasa terjadi, sesuatu yang dicari ke sana ke mari, rupa-rupanya ia ada di sisi atau di hadapan matamu ia berdiri atau di dalam hatimu ia bersembunyi!


بسم الله الر حمن الر حيم
Sesungguhnya cahaya pada siang hari itu hilang diwaktu malam. Tetapi cahaya hati tidak akan pernah hilang.

AKU-lah Allah, Tuhan Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan bagimu melainkan AKU, Muhammad itu hambaKU dan RasulKU. Wahai hambaKU! Sampai bilakah engkau mahu mengkhianati dirimu? Sampai bilakah engkau mahu melarikan diri daripadaKU? Dan bilakah lagi engkau mahu datang kepadaKU untuk menjadi hambaKU yg benar dan jujur?


بسم الله الر حمن الر حيم
Apabila Allah memberi kurnia kepadamu, maka Dia akan menunjukkan kepadamu kurnia belas kasihanNya, dan apabila menolak pemberianNya atasmu, maka ia akan menunjukkan kepadamu kekuasaanNya, maka Ia dalam semua itu memperkenalkan, diri kepadamu, dan menghadapkan kepadamu dengan kehalusan pemberian pemeliharaanNya kepadamu.


Pesanan Muhammad Al-Baqir, cucu Sayyidina Husain kepada anaknya —

Wahai anakku! Sesungguhnya Allah menyorok tiga perkara dalam tiga perkara —

Pertama, Allah menyorokkan redha-Nya dalam ketaatan kepada-Nya. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu perbuatan taat, kerana barangkali di dalamnya terdapat redha Allah!

Kedua, Allah menyorokkan murka-Nya dalam sesuatu maksiat. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu maksiat, kerana barangkali di dalamnya terdapat murka Allah!

Ketiga, Allah menyorokkan wali-wali-Nya di dalam makhluk-Nya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menghina (memandang rendah) seseorang, kerana mungkin dia adalah wali Allah!

— Muhammad Al-Baqir


Dan siapa yg tiada diberi Allah akan cahaya, tiadalah dia akan mendapat cahaya lagi.

- An-Nur:40

Tiadalah terlucut takut dan harap kepada Allah itu bagi orang yg awam dan orang yg khusus melainkan atas orang yg terbiar dan tersesat!


بسم الله الر حمن الر حيم
Apabila Allah telah memberi rezeki kepadamu berupa perasaan puas melakukan taat (Ibadat) pada lahirmu, dan merasa cukup kaya dengan Allah dalam hatimu, sehingga benar-benar tidak ada sandaran bagimu kecuali Allah. Maka ketahuilah bahawa Allah telah melimpahkan kepadamu sebesar-besar nikmat lahir dan batin.

No comments:

Post a Comment