Wednesday 26 August 2015

t/j

Anak itu dititipkan oleh Allah kepada kita. Bukan kepada orang lain. Kerana nanti yang akan ditanyakan oleh Allah, adalah kita, bukan orang lain.
Anak itu, yang paling kita takuti, kita besarkan jasadnya, tetapi hatinya untuk orang lain, kita tinggikan pengajiannya tetapi otak dan fikirannya untuk orang lain.
3 perkara yang akan ditanya kepada ibu bapa ;
1) sudahkah anakmu mentauhidkan Allah ?
2) adakah anakmu berbuat syirik kepada Allah?
3) adakah pendidikan dan pengajian yang diberikan kepada anakmu membawanya kepada mentaati kepada Allah dan Rasul?
Mampukah soalan2 ini jawab? Tepuk dada tanyalah hati kita.

No comments:

Post a Comment