Thursday, 13 August 2015
Tasawuf reda
(1) Hendaklah kamu mengeluarkan zakat harta yang telah Allah kurniaankan atasmu agar Dia "memelihara Harta-Harta" yang kamu cintai itu.
Pencuri ni ada masanya dia adalah "musuh Allah" .. dan pada masa yang lain, dia akan menjadi "tentera Allah" (fahamkannya tuan). Muhasabah : bab zakat harta.
(2) Tidak boleh memaki hamun @ membentak (tidak redha) atas sesuatu ujian yang datang dari-Nya. Pencuri tu tak datang mencuri jika "bukan" atas arahan Allah. Seolah kita membentak protes kepada "Allah" yang menghantar ujian. Sabarlah hati dan tahan lidahmu semampunya, pasti ada "hikmah" tersembunyi yang kamu tak mengetahuinya.
(3) Hendaklah berbaik sangka atas setiap "Kehendak-Nya" atas diri kamu (kereta hilang) sekalipun ia sangat tidak kamu sukai. Mungkin sahaja pada tarikh kenderaan itu hilang, di dalam Takdir-Nya kenderaan tu akan mengelami kemalangan"maut"(kamu!), tapi atas sesuatu sebab kebaikan yang pernah kamu lakukan sebelum ini, maka Allah hindari kemalangan maut tu dari menimpa diri kamu. Allah dah "menyelamatkan" nyawa kamu, tapi bagai manakah sikap kamu atas "perbuatan Allah" itu?
(4) Ketahuilah, "harta" yang kita miliki itu BUKAN MILIK KITA selamanya, melainkan "pinjaman-Nya" semata. Kalau Dia ingin "menarik" kembali nikmat-Nya, maka malam ini DIA mampu membakarkan rumah kamu hingga ada anak isterimu hangus terkorban di dalamnya. (Sanggup???) Jika Dia mampu menghilangkan kenderaanmu, maka Dia juga mampu membakar hangus rumahmu hingga menjadi debu.
Oleh itu redhalah dengan ujian-Nya yang "sedikit" itu agar Dia tidak menimpa "ujian-Nya" yang lebih hebat ke atas diri kamu. Segala "Perbuatan-Nya" tidaklah layak untuk kamu memprotesnya .. Dia TUHAN, dan siapa diri kamu?
Sabar, Redha dan Bersyukur lah .. di dalamnya terkandung "Hikmah" yang tidak kamu ketahuinya. Allah SWT mengasihi orang-orang yang Sabar. ✨💚✨
Wahai manusia! Naiki-lah bahtera Nabi Muhammad S.A.W segera, tiada yg akan terselamat diakhirat melainkan bahtera Islam yg dipandu oleh Baginda Rasulullah S.A.W, maka disaat ini aku melihat para munafik dan para murtad sedang melaung-laungkan agama baru yg menyesatkan manusia daripada Allah, Tuhan sekalian alam!
- KALAM QADIM
Bagaimana engkau akan dapat berjalan menuju kepada Allah, padahal engkau ditawan dalam penjara hawa-nafsumu!
Bagaimana engkau ingin masuk kepada hadrat Allah, padahal hatimu masih belum suci daripda najis-najis selain Allah!
Lapangkanlah dadamu wahai teman!
Kesabaran biar berada di mana sekalipun adalah milik orang yang beriman!
Tak rugi orang yang menyeru kepadanya lebih-lebih lagi orang yang melaksanakannya di dalam dadanya kerana Tuhan!
Kesempurnaan makrifatullah zahir pada akhlak dan adab, dia buta dengan selain Allah, akalnya sentiasa bersama Allah dan sentiasa memandang Allah, kehidupannya melalui Syariat Muhammadiyah zahir dan batin, makrifatullah yg sebenar itu ialah engkau mengenal Allah dengan perkenalan daripada Allah Sendiri tampa orang tengah!
- KALAM QADIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment