Tuesday 25 August 2015

Tasawuf

Kalau hatimu ikhlas dan memang mencari kebenaran, kakimu sendiri bergerak mencari dan mengesahkan!

Hati orang mukmin itu adalah rumah Allah, Dia serta engkau dimana ada engkau, dimana engkau berhadap disanalah Allah dan Dia tiada seumpama sesuatu!


Mohonlah pertolongan Tuhanmu, Insya-Allah
Tuhanmu tidak akan membiarkanmu!
Dia telah menghantar wakil-Nya sedang kita tidak berusaha mencarinya!
Siapa yang berusaha, ia mendapat, Insya-Allah
Dia, wakil-Nya adalah permata di sebalik jutaan kaca!

Bagaimana harusku berlayar mencari Rabbku, sedang aku tiada memiliki apapun denganku. Aku seorang anak kapal yang memerlukan seorg nakhoda untuk memberi satu jalan ke suatu tempat..dan peta yang ada padaku tiada mampu untuk ditafsirkan kerana tiada pengalaman dalam memahami bahasanya.. Allahurobbi, bagaimana harusku bersabar wahai si wasil.


Sabar dahulu, kerana nanti baru fahamnya menyusul!

Sabar dahulu, kerana ada perkara selesainya dengan waktu!

Sabar dahulu, kerana itu menunjukkan tahan dan tenang jiwamu!

Sabar dahulu, kerana selepas kepayahan, ada kemudahan yang menantimu!

Sabar dahulu, kerana ada hikmah-Nya yang tidak engkau tahu!


Sungguh, manusia menjadi musuh terhadap apa yang mereka tidak ketahui!

Apakala kamu tidak mengetahui, kamu akan tercengang!

Justeru, hati kamu kena seumpama lautan!

Baru hatimu bersedia menerima perbezaan pandangan dan sebarang perselisihan!

Baru hatimu bersedia menerima pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah terlintas di dalam minda dan yang tidak pernah ada di dalam dada!

Jangan cepat menolak atau melatah atau membantah!

Bukankah semakin kamu tahu, semakin kamu tidak tahu!

Laksana apa yang kamu tahu, nanti Tuhanmu akan campakkan apa yang kamu tidak tahu!

Sabar adalah kunci. Diam dan perhati, teliti dan cari. Tilik dan mengaji, Insya-Allah!

Sungguh, ilmu itu cahaya yang dilontarkan Tuhan ke dalam hati!

Justeru, jadilah hatimu wadah yang menadah, Insya-Allah!

Merdekakan hati dan akalmu drp selain Allah, iaitulah kemerdekaan yg hakiki!


[11:52AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Setiap saat Allah menentukan urusanNya!
[11:54AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Allah berbuat apa yg Dia kehendaki!
[11:54AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Tiada yg Wujud didalam alam ini selain Allah!
[11:56AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Wahai Yg membolak-balikan! Peredarkanlah kami didalam peredaran takdirMu diazali....
[11:57AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Kami tiada berkehendak melainkan dengan kehendakMu....
[11:58AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada pengakuan diri kami...
[11:59AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Katakanlah Allah! Allah! Allah!
[11:59AM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Tetaplah hatimu kepada Allah!
[12:00PM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Jangan berpaling drp Allah!
[12:00PM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Cukuplah Allah bagimu!
[12:01PM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Tiada Tuhan melainkankan Allah!
[12:02PM, 26/08/2015] KALAM QADIM: لا اله الا الله  محمد الرسول الله
[12:02PM, 26/08/2015] KALAM QADIM: Wassalam

No comments:

Post a Comment