Monday 24 August 2015

politik


NEGARA KITA SUDAH ISLAM - TIADA RIBA', TIADA ARAK, TIADA RASUAH, TIADA ZINA
Kita semua sanjung usaha dakwah Ustaz Kazim Elyas. Peminat ceramah, lawak jenaka dan 'nyanyian' nya cukup ramai. Tetapi agak sukar untuk kita telan beberapa bahagian (bukan semua) dari kenyataan beliau kali ini.
Tidak pasti samada beliau dalam keadaan sedar atau tidak, bila mengatakan kita sudah bebas riba'. Mungkin juga beliau 'over excited' semasa berucap dalam rakaman ini.
Di manakah Islamnya lesen kilang dan outlet arak dan judi? Sejak bilakah Islam guna sistem undi dan demokrasi? Sejak bilakah Islam menghalalkan rasuah dan pecah amanah? Islam manakah yang membesar-besarkan acara rasmi berbentuk pesta hiburan yang berbau maksiat? Islam apakah yang menghasilkan lambakan zina dan buang bayi? Islam apakah yang membuatkan umatnya bertelagah dan berpecah belah?
Jika kita sudah Islam, pasti semua itu bukan hasilnya kerana Islam tidak diukur pada telahan dan nama. Islam diukur dari hasil praktik yang sempurna sehingga mampu membuahkan sejahtera. Tiada kesejahteraan yang sempurna jika kita tidak praktik Islam secara KAFFAH (keseluruhannya). Islam separuh-separuh itu adalah tabiat SYAITAN
Al Baqarah 208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Ya Allah... Ampuni kami.
WARGA PRIHATIN
3:05/3:05

No comments:

Post a Comment