Tuesday, 11 August 2015

Tasawuf


Wahai orang-orang yg sedang menuju kepada Hadrat Allah! Bertaubatlah daripada dosa-dosa zahir dan batinmu!

Bertaubatlah drp kelalaian hatimu!

Bertaubatlah daripada sungutan dan bantahanmu kepada Allah!

Bertaubatlah daripada terhijab memandang Wajah Keelokkan Allah!

Dan bertaubatlah daripada melihat wujud selain Allah!

Kembalilah kepada Allah dengann hina, kurang, jahil, bodoh dan tiada-daya upayamu!

Ketahuilah! Engkau tidak memiliki apa-apa pun melainkan pemberian daripada Allah!

Tiada kesombongan dan keamanan diri melainkan bersujud rohmu dihadapan Kemuliaan dan keAgungan Allah Azza Wajalla!

- Wassalam

Jangan engkau sibuk dengan ilmu-ilmu makrifatullah, tetapi sibuklah dengan Zat Yg memakrifatullah engkau. Sesungguhnya ilmu itu hijab Allah yg paling besar!

Niat si-Arif itu lebih baik daripada perbuatannya, tubuhnya terikat dalam syariat Nabi, tidurnya adalah solat, jaganya adalah tasbih, makan-minumnya adalah puasa, diamnya dalam takdir Allah, lisannya zikrullah, dosanya adalah taubat, akalnya berhadap dihadrat Allah, sirnya berkhitab dengan Allah!


🎈 Bersangka BAIK kunci sesuatu kekuatan..
Jangan berkecil hati jika org lain salah faham pada kita...kerana ALLAH faham isi hati kita..jgn gusar jika ada org yg menghakimi kita...kerana tiada hakim sebaik  ALLAH...
insyaallah....

Jaga! Mati itu datang tiba-tiba, sedikit ketawa, banyak dukacita, tangisilah dirimu yg jauh daripada Tuhanmu, syukurilah dirimu yg asyik dengan Tuhanmu, orang yg mengenal Allah itu malu dan gerun kepada Allah!

Wali ialah orang yg hatinya merdeka daripada segala sesuatu selain Allah dan Wali bermesyuarat dengan Allah dimuntaha! إن أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم  يحزنون

Wahai Daud! Kalau tidak kerana AKU mengikat roh-roh pencintaKU didalam tubuh-tubuh mereka, nescaya roh-roh mereka itu akan keluar dari tubuh-tubuh mereka kerana rindu untuk menemuiKU!

Tujuan zikrullah itu adalah untuk mengosongkan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah, biar tinggal Allah sahaja yg Wujud didalam alam ini, maka ialah hati yg merdeka!


Hakikat yg bertentangan dengan Syariat Nabi adalah dusta dan kemunafikkan!
Ilmumu hanya dilidah dan hati masih dusta dengan Allah, engkau masih hamba nafsu belum menjadi hamba Allah!

Ilmu hakiki itu ialah ilmu yg mengenalmu kepada Penciptamu!


Aku-lah orang yg paling mengenal Allah diantara kamu dan yg paling takut kepada Allah!

- Riwayat Bukhari

No comments:

Post a Comment