Tuesday, 19 May 2015

Tarekat


Aku adalah salah seorang drp murid Syeikh Abdullah Al-Majzub, Tuhan telah membawa aku bertemu dengan Syeikhku ketika himmahku untuk hidup bersama Tuhanku amat kuat iaitu pada tahun 1411 hijrah.

Dan dengan izin Tuhan Syeikhku telah memimpin rohku berjalan meninggalkan alam syahadah ini dan menembusi alam mitsal dan alam arwah dan alam wahidiyyah dan alam wahdah, maka  dialam wahdah inilah aku telah menghidu semerbak bauan Nubuwwah dan disinilah  Syeikhku  melepaskan aku kepada Tuhanku iaitu dialam ahadiyyah, seumpama  Nabi Muhammad S.A.W  berpisah  dengan Jibrail dilangit ketujuh.

Maka aku pun karam didalam lautan  ahadiyyah Tuhanku sehingga hilang bumi dan langit, duniawi dan ukhrawi dan segala sesuatu selain Allah.

Disini guruku hanyalah Allah tiada Syeikh dan tiada Nabi dan tiada Jibrail, maka aku pun mengutip rahsia-rahsia Ketuhanan daripada Tuhanku Sendiri tampa  perantaraan sesiapa pun.

Dan dengan anugerahNya maka diturunkan aku kembali  kepada bumi syahadah untuk dikurniakan persalinan Insan-Kamil, maka sempurnalah perjalananku menuju Tuhanku, maka binasalah akalku dengan kekalnya Allah. Inilah rahsia martabat tujuh yg telah aku ambil sanadnya daripada Allah, semoga Allah merahmati kamu dan kami, dan mendudukkan kita didalam kota TauhidNya.

- KALAM QADIM

Rahsia Tauhid adalah paling agung dan genggamlah Tauhidmu kepada Allah sampai mati!


Maka sesungguhnya parti Allah yg akan menang....Al-Maidah:56

Hal yg paling aku takuti pada umatku ialah seorang munafik yg pitah lisannya berbicara....Sabda Rasulullah S.A.W

No comments:

Post a Comment