Tuesday 26 May 2015

Tarekat

Makrifatullah itu terpendam didalam rahsia hati iaitu hati yg merdeka daripada segala sesuatu selain Allah, hati yg dibukakan faham hakikat, hati yg melihat Allah dan hati yg buta selain Allah!

Nafsu itu mengalahkan akal dan ilmu, maka mohonlah keampunan Allah!

Ilmu dan makrifatmu tidak dapat menolong dan menyelamatkanmu melainkan AKU-lah Penolong dan Penyelamatmu daripada segala sesuatu!


tidak akan mendapat ALLAH klo belum merasa nikmat dan lazat beribadah kedpaNYA

tidak akan mendapat ALLAH selagi belum bertaubat dari segla dosa dan kelalaian dunia

tidak akan mendapat ALLAH selagai belum padam rse ingin melakukan maksiat kepadaNYA

tidak akan mendapat ALLAH selagi hati belum benar2 tertumpu kepdaNYA

tidak akan mendapat ALLAH selagi hati belum kosong dari selainNYA


السﻻم عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan pagi : maksud hadis :- Drp 'Ubaid bin Muadz رضي الله عنه berkata, "Kami sedang duduk dalam satu majlis lalu Nabi صلى الله عليه وسلم  telah datang dalam keadaan di kepalanya ada bekas air. Sebahagian kami berkata kepada Baginda صلى الله عليه وسلم , "Hari ini kami melihatmu dalam keadaan senang hati (bahagia)." Baginda صلى الله عليه وسلم  menjawab: "Benar, segala puji bagi Allah." Setelah itu sekumpulan orang telah membesar-besarkan dalam menyebut tentang kekayaan. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم  bersabda: "Tidak mengapa dengan kekayaan bagi orang yang bertakwa. Dan kesihatan  bagi orang yang bertakwa itu lebih baik dari kekayaan. Dan kebahagian jiwa itu sebahagian dari kenikmatan."  (Ibnu Majah: 2141, Ahmad: 22646, 22716 , alBukhari dlm alAdab alMufrad: 301)

No comments:

Post a Comment