Tuesday, 19 May 2015
Tarekat wali
TAZKIRAH PENUTUP REJAB : "MAQAM ILMU"
AHLI SYARIAT TAREKAT HAKEKAT MAKRIFAT
Bismillah : Ilmu Para Aulia Fanabillah Maqam Tertinggi Itu Dikhususkan Allah Untuk Golongan Ahli Makrifat yang lebih rendah maqam pencapaiannya di sisi Allah SWT dari golongan pertama di atas mereka @ Ilmu Wali besar diperturunkan untuk Wali-Wali kecil.
Ilmu Para Ahli Makrifat Pula Dikhususkan Allah SWT Untuk Golongan Ahli Hakekat yang lebih rendah maqam pencapaiannya di sisi Allah SWT dari golongan yang berada di atas mereka (Ahli Makrifat), ilmu-Nya itu akan mengalir dari atas turun ke bawah.
Ilmu Para Ahli Hakekat Pula Dikhususkan Allah Untuk Para Ahli Tarekat yang lebih rendah maqam pencapaiannya di sisi Allah dari golongan di atas mereka Iaitu Golongan Hakekat. Inilah Rantai Ilmu Para Wali-Wali Allah.
Ilmu Laduni dari Wali yang telah mencapai fanabillah, diperturunkan ke ahli makrifat, diperturunkan lagi ke ahli hakekat, diperturunkan lagi ke ahli tarekat, dan diperturunkan lagi kepada golongan awam.
Setiap maqam Kesufian itu berbeza tingkatan keilmuannya mengikut maqam pencapaiannya seseorang Salik di sisi Allah SWT. Sesungguhnya kejahilan itu milik manusia, dan kepandaian itu milik Allah SWT. Jika Allah SWT ingin meninggikan "maqam" seseorang Salik di sisi-Nya, maka akan "diangkat-Nya" kejahilan dan kebodohan daripada diri Salik itu dengan "diberi-Nya" Kefahaman dari apa yang belum mereka "Ketahui" pada sebelumnya.
Ada orang Bodoh tetapi dia tidak Jahil. Ada orang yang Tidak Bodoh tetapi dia Jahil. Dan ada juga orang yang Bodoh di dalam masa yang sama dia juga Jahil. Serta ada juga orang yang Tidak Bodoh dan Tidak juga Jahil. Allah SWT menentukan bakat-bakat seseorang Salik dan Awam mengikut sukatan-sukatan yang dikehendaki-Nya. Jika adanya sifat IKLAS dalam diri seseorang Salik dan Awam di dalam amal soleh yang mereka pernah "kerjakan", maka Allah SWT akan memberikan "nur kefahaman" buat mereka bagi "mengangkat" segala kebodohan dan kejahilan daripada diri seseorang hamba-hamba-Nya jalan menuju kepada ketinggian maqam di sisi-Nya.
Amal soleh tidak mampu mengangkat "kejahilan diri" di sisi Allah SWT. Tetapi yang menyebabkan diangkat-Nya kejahilan itu adalah "sifat iklas" yang tersembunyi di hati dari amal soleh yang dikerjakan, walaupun tampa meminta agar ianya diangkat daripadamu.
Tetapi betapa ramainya orang yang bergantung dirinya kepada "amal solehnya" bagi menghilangkan kejahilannya tetapi amal soleh itu tetap tidak berjaya mendatangkan kefahaman dari Allah SWT dengan cara dihilangkan kejahilan itu. Ingat, amal soleh dan ibadah itu adalah "tanggungjawabmu" yang wajib kamu kerjakan sebagai "pembuktian" ketaatanmu kepada-Nya dengan tampa perlu mengharapkan "sesuatu" balasan dari-Nya atas segala amal yang telah kamu kerjakan untuk-Nya.
Tetapi bisa diangkat "kejahilan" itu dengan cara menuntut ilmu pengetahuan dengan "Jalan Iklas" semata-mata untuk mendapatkan Keredhaan-Nya dengan tampa kamu mempertaruhkan (memperjudikan) amal soleh ibadahmu sebagai tukarannya, kerana Allah SWT itu bukanlah sepertinya seekor ikan yang boleh "diumpan-umpan" dengan sesuatu apapun bagi mencapai segala cita-citamu itu. Iklaskanlah segala sesuatu itu daripada segala sesuatu.
Ilmu pengetahuan tentang Allah SWT itu perlu dicari sedapat yang mungkin. Jika tidak diketemui, ia wajib digali dan pengharapan agar dibantu-Nya dalam pencarian tersebut. Sesungguhnya Allah tidak akan mengsia-siakan buat orang-orang yang IKLAS menuju-Nya. aamiin.
BERUSAHA JIWARAGA MENJADI GOLONGAN YANG SELAMAT DI BAWAH NAUNGAN "KEREDHAAN-NYA.
Dari 7 juta orang, hanya sebahagian kecil sahaja yang akan mempercayai ajaran agama Tauhid iaitu Islam.
Ilmu Tauhid : Dari 700 ribu orang awam kebanyakan, hanya 70 ribu orang yang akan mengambil ilmu ajaran Tauhid ini sebagai pegangan hidupnya. Maka 70 ribu ini akan menjadi muslim yang "awam" yang bertauhid mempercayai wujudnya Allah dan kebenaran agama Islam. (*Rukun iman Pada AKAL nya)...
Ilmu Fekah Syariat : Dari 70 ribu orang bertauhid ini, hanya 7 ribu orang sahaja yang akan mengamalkan ilmu ini (*Bersyariat lengkap pada JASAD nya) sebagai pegangan hidupnya iaitu rukun Islam.
Ilmu Tarekat : Dari 7 ribu orang yang bersyariat ini, hanya 777 orang sahaja yang akan mengamalkan Tarekat sebagai pegangan hidupnya iaitu baik dan sempurna adabnya serta istiqomah dalam melaksanakan syariat dengan Tarekatnya.
Ilmu Hakekat : Dari 777 orang tarekat ini, hanya 77 orang tarekat sahaja yang akan mengamalkan ilmu Hakekat ini di dalam hatinya sebagai pegangan hidupnya, iaitu menjaga akhlak hatinya agar sentiasa dipandang molek perfect suci lagi bersih pada pandangan Allah SWT (*Berukun Tasawuf Pada HATI nya dengan akhlak mulia lagi terpuji bersinar).
Ilmu Makrifat : Dari 77 orang Hakekat ini, hanya 7 orang sahaja yang benar benar menguasainya ilmu ini dan diamalkan sebagai pegangan hidupnya, iaitu baik akhlak jasadnya dan baik juga akhlak hatinya pada Allah (*Rukun Mahabahtullah Mencintai Allah. Bukan sahaja baik akhlak hatinya, bersih lintadan sungai hatinya, malah telah terbit rasa cinta kepada Allah SWT).
Ilmu Mahabah maqam Fanabillah : Dari 7 orang ahli makrifat yang telah mencintai Allah SWT ini, hanya seorang sahaja yang mencapai "Fana Billah" iaitu Insan Kamil yang "hidup" di dalam "Kerahsiaan" Allah SWT Sirrul Asrar. *Dia mencintai Allah dan Cintanya itu telah Allah balas dengan Cinta-Nya, kemuncaknya Gila pada pandangan "manusia awam" dan dipandang sebagai "kekasih Allah" buat golongan "khusus".
Wali yang tidak "mengenal Wali", dia bukan Wali, maqamnya masih "mentah") ... 7 orang insan "Mulia" di sisi Allah SWT ini adalah bermaqam Wali sebenarnya Wali Allah yang tidak dikenali manusia. Dan mereka adalah di dalam golongan Waliyullah ilmu "Batin Kerohanian" Islam. Sedangkan Wali-Wali ilmu Syariat/Fekah itu adalah Wali-Wali yang dikenali manusia (4 Imam ASWJ dll). Tetapi Wali-Wali "Batin" itu dighaibkan Allah SWT dari pengetahuan manusia awam.
Keilmuan mereka ini "tidak bermanfaat" buat golongan kebanyakan "muslim awam" tetapi bermanfaat buat golongan "khusus" untuk menajamkan "nur makrifah" di dalam batin hati mereka.
Dan seorang yang telah mencapai maqam "fanabillah" itu akan dilantik Allah sebagai Wali Qutub bagi 7 Wali-Wali itu bagi mewakili setiap wilayah di dalam jajahan pentakbirannya.
Wali Qutub yang satu ini akan memimpin 7 Wali-Wali ini secara "rohaniah" tampa pertemuan badaniah jasmani.. Mereka saling berkomunikasi secara ghaib dengan "pertalian" Allah SWT.
Allah SWT memberi ilmu Laduni "khusus" kepada si Qutub "wilayah".. ilmu ini disampaikan kembali kepada 7 Wali ini (ahli makrifat) secara komunikasi ghaib. Lalu disampaikan kembali kepada golongan "khusus" 77 orang ahli hakekat.
Lalu ilmu tersebut dimanfaatkan oleh 77 ahli hakekat ini, lalu diperturunkan lagi buat golongan di bawah mereka iaitu 777 orang ahli Tarekat bagi memperkuat dan mempermudahkan lagi perjalanan "mereka" menuju Allah SWT.
Maqam ahli Tarekat yang 777 orang ini akan meninggi dan mendaki bergantung sejauh mana mereka mampu "menangkap" (*pickup minda) dan "mengamalkan" ilmu-ilmu yang "disampaikan" oleh golongan khusus ahli-ahli Hakekat 77 orang yang mereka perolehi dari golongan di atas mereka 7 orang ahli Makrifat yang dipimpin oleh seorang Wali Qutub yang telah mencapai maqam fanabillah.
77 orang ahli Hakekat dan 7 orang ahli Makrifat, mereka ini turut mendapat ilmu laduni "asas" terus dari Allah.. tetapi ilmu laduni "khusus" hanya diperolehi oleh Wali Qutub sahaja berupa "maklumat penting" dan mendetail, contohnya tarikh Dajjal munculkan diri (*maklumat ini hanya diketahui oleh Wali Qutub utama).
Sama juga pada saat Rasulullah lahir kedunia, Qutub wali syaitan (para ahli sihir utama) di zaman Rasulullah telah "mengetahui" kelahirannya Baginda. Setiap penjuru dunia ; utara, timur, selatan, barat (dll penjuru) diketuai Wali-Wali Qutub kecil seperti 1 yang dinyatakan di atas.
Qutub Aulia yang utama hanya ada seorang sahaja bagi setiap zaman. Wallahu'alam (bukan cedokan hujah ibnu Arabi).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment