Thursday 28 May 2015

H/p


DOA BAGI MEREKA YANG ADA HANDPHONE

■■Ya ALLAH ampunilah dosa-dosa kami yang mempunyai HP kerana:

●Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah.

●Kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih.

● Kami lebih banyak lihat hp dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak-anak.

●Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran

●Kami lebih sering menelefon daripada bertemu Sillaturrahmi.

■■Ya ALLAH ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini..dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH.
Amin....

Kata guru:
>>Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

●Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan guru mu...

●Hingga kamu tergamak melewatkan solat mu kerananya...

●Hingga zikir mu berkurang dengan adanya ia...

●Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

●Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...

●Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu...

●Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaan mu...

>>Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam, TANGAN terus raba cari hp, padahal tak ada perkara penting pun. Zikir diabaikan..astaghfirullah..

Ya Allah ! Biarlah dengan hp canggih-canggih menambah ketaatan kepada Allah, bukan mengheret kita lalai kepadaNya....

kekawan semua renung-renungkan dan selamat beramal....

Subhanallah Ya Allah... ampunilah dosa-dosa ku...

No comments:

Post a Comment