Tuesday 26 May 2015

Tasauf

Ya Tuhanku!Janganlah Engkau kenalkan daku kepada selainMu, jadikanlah daku selalu memandangMu menurut kehendak dan kemahuanMu dan jadikan daku sasaran ghairah cemburuMu....


Aku cuba mengingat Allah, mengetahuiNya, mencintaiNya, mencariNya..
sesampainya ditujuan..
Ternyata Ia mengingatku sebelum aku mengingatNya,
pengetahuanNya tentang diri ku mengalahkan pengetahuanku tentangNya,
cintaNya padaku sudah ada sebelum cintaku padaNya,
dan Ia sudah mencariku sebelum aku mencariNya,
Nur Muhammad, Kunhi Dzat, Sirrul Hayyat

jiwa mendekati NurNya
hati berlabuh dalam tanda tanda kebesaran Nya
sesungguhNya Ia mempunyai daya untuk menyampaikan kabar tentang hakikat semua ini
dan Allah perintahkan dalam hadis qudsi : dengan mengolah rahsia ''menyendirilah (tafakur) dari semua dan temukanlah kebersatuan niscaya akan hadirkan Sifat Sifat Ilahiah''


ikhlaskan hati dalam menuju ALLAH,nescaya akan sampai ke tempat tujuan

jangan ada di dalam hati utk mendapat pangkat,makm,pandangn manusia dan sebagainya,tu semua pengahalang2 di perjalanan mu.

ALLAH berfirman di dalam alquran : demi kemulianMU, aku akan sesatkan semua anak nabi adam kecuali mereka yg ikhlas.( syaitn tidak mampu menyesatkan org yg ikhlas)

tnda amal yg ikhlas :

berasa lazat dan nikmat dalam melakukannya
akan berubah akhlak dan peribadi apabila diterangi dengn cahaya ibadah
hati semakin khusyuk di dalam melakukannya
hati tenang dengn semua ketentuan ALLAH
akan mencapai hakikat kehambaan yg sebenar

sabda nabi : ALLAH menilai kamu dari segi amal dan keikhlasan hati mu

ya ALLAH,jadikan kami hambamu yg ikhlas dalam menuju kepadaMU
setiap sesuatu itu adalah hijab kecuali apabila kamu dapat memndg ALLAH pada setiap sesuatu

Allah menciptakan dan membentuk alam ini adalah untuk mengzahirkan Dia Maha Pencipta, tetapi ramai manusia yg terhijab dengan bentuk-bentuk alam daripada memandang Pencipta!


Wahai salik! Tetap yg fardhu, tinggalkan perkara yg haram, mengesahkan ilmu fardhu ain dan mengekali zikir Allah! Allah! Allah! didalam hati.

Inilah jalan menuju kepada Allah iaitu salik dan cari pimpinan guru yg wasil yg berjalan diatas Syariat Nabi zahir dan batin.

Bersabarlah dalam takdir Allah, ridha kepada Allah, pandanglah kehendak Allah dan jangan pandang selain Allah.

Semoga Allah merahmati dan memimpinmu kepada jalanNya yg sebenar dan mohonlah bantuan dan pertolongan Allah didalam perjalananmu menuju kepadaNya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment