Thursday 19 August 2021

SELINGAN SCENE : APABILA "MANGSA" MENJADI "PEMANGSA" DALAM JOKER

 SELINGAN SCENE : APABILA "MANGSA" MENJADI "PEMANGSA" DALAM JOKER

Tindakan Joker yang mengejutkan, walaupun sebahagian penonton sedar lebih awal. Namun, ia tetap menimbulkan kejutan kepada penonton. Perancangannya yang lebih awal, menampakkan tindakan ganas yang akan dilakukannya.
Banyak perkara yang kita boleh ambil iktibar daripada scene ini. Seseorang yang baik, boleh bertukar jahat. Seseorang yang lemah, boleh bertukar ganas. Bertukar secara drastik yang memungkinkan seseorang bertindak diluar kawalan dan batasan.
Seseorang yang kerapkali dipermain, diperlekeh, diperolokkan dan dihina yang menyebabkan dia rasa malu, terhina dan jatuh maruah. Kemungkinan besar, akan meyebabkan seseorang bertindak diluar kawalan.
Ada sesetengah mangsa, akan murung dan bertindak mencederakan diri sendiri, sehingga ada yang membunuh diri. Malah, ada yang bertindak seperti Joker. Menukarkan posisi diri, daripada mangsa menjadi pemangsa.
Moral of the story... Jangan sesekali menayakiti hati orang lain yang boleh menjatuhkan harga diri. Seseorang boleh bertukar watak, apabila melibatkan soal maruah. Kerana, maruah dan harga diri adalah lebih mahal daripada harta dan wang ringgit.
Mungkin imej 2 orang
Diedot Abe dan 653 yang lain
168 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

No comments:

Post a Comment