Monday 30 August 2021

Mampukah seorang doktor kerajaan yang hutang keliling pinggang Merdeka Kewangan?

 Mampukah seorang doktor kerajaan yang hutang keliling pinggang Merdeka Kewangan?

Hakikatnya bila berhutang ini tidak kira lah anda seorang doktor, jurutera, cikgu atau pun profession yang lain jika duit kita tidak pandai diuruskan memang tak dapat tidur lena.
Sebab itu ilmu kewangan sangat penting, tapi benda ni langsung tak diajar di sekolah. Dan ramai yang sedar kepentingan ilmu kewangan ni bila dah terlambat. Hari ni dapat gaji, esok 90% habis sebab nak bayar hutang. Ada yang sampai bunuh diri sebab hutang, sebab mereka tak nampak jalan keluar.
.
Jadi hari ni saya nak kongsikan ilmu asas nak kawal hutang supaya ramai boleh dapat manfaat kurangkan hutang bulanan mereka :
.
.
PERTAMA - Fahami konsep hutang baik dan hutang jahat. Hutang jahat, kita kena bayar sendiri setiap bulan. Hutang baik, orang lain akan tolong bayarkan.
.
KEDUA - Utamakan hutang mahal dulu. Selepas itu baru langsaikan hutang murah.
.
KETIGA - Panjangkan tempoh pembayaran hutang dari jangka pendek ke jangka panjang. Pinjaman RM100 ribu kalau kena bayar 5 tahun, bayaran bulanan RM2000 sebulan. Bila kita panjangkan, loan RM100k bayaran bulanan dia akan jadi RM450 sahaja. Dari RM2000 sebulan ke RM450 je.
.
KEEMPAT - Fahamkan konsep leverage. Ini susah sikit. Cari cara untuk orang lain bayarkan hutang kita (cara halal). Baru-baru ini, kami dapat klien blacklist datang ke FAR Capital yang dah kena blacklist ( masuk AKPK ), dan kalau ikut jadual AKPK mereka kena bayar hutang itu selama 5-10 tahun.
Kena bayar RM2000 setiap bulan ke AKPK. Sekarang kami nak pastikan diorang boleh keluar dari blacklist ini dalam setahun dan bukan 5-10 tahun, dan hutang bulanan itu dibayar oleh orang lain.
.
KELIMA - Bina aset dan harta. Setelah hutang dah terkawal, mula kumpul harta. Biarkan hutang baik, bayarkan semua hutang jahat.
.
.
Bila dah faham semua 5 konsep ini, hutang kita akan terkawal. Klien Doktor dari hutang RM 350,000 boleh langsaikan dalam tempoh 8 bulan dan miliki 2 biji rumah. Dan ada kes klien lain dari AKPK sekarang dalam proses beli aset 7-angka. Ini benda yang kita boleh capai bila ada sedikit ilmu kewangan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment