Monday 30 August 2021

Menguji mentaliti ostad instant.

 Menguji mentaliti ostad instant.

Seorang ostad instant yang bersemangat dan fanatik diuji oleh seorang jebon.
Jebon : Akhi, enta ni kelihatan begitu bersemangat mendesak hukum hudud dilaksanakan ya. Baguslah.Nak tanya sikit ya..Apa yang enta faham tentang hukum hudud ni? "
Fanatik : " Setakat ana tahu lah, hudud ini adalah hukum Islam yang wajib dilaksanakan misalnya hukum potong tangan ke atas pencuri".
Jebon :"Terima kasih akhi. Enta sendiri tahu tak kenapa di dalam islam itu hukum bagi jenayah "al-sariqah" ( jenayah mencuri ) dimasukkan dalam kesalahan hudud sedangkan kesalahan lain yang juga melibatkan jenayah ke atas harta benda seperti kesalahan "ikhtilas" -اختلاس, kesalahan pecah amanah @ CBT , kesalahan rasuah, kesalahan meragut @ الغصب tidak dimasukkan ke dalam jenayah hudud ?"
Fanatik : " Alamak, ana tak tahulah!"
Jebon : " Pernah ke enta dengar istilah الحرز iaitu salah satu elemen penting bagi kesalahan mencuri dalam Islam?"
Fanatik : "Hish ana tak biasa dengaqlah sheikh. Ini baru kali pertama ana dengaq. Apa menda tu, akhi? "
Jebon : "I see.Mudahnya. الحرز itu, para fuqaha' habaq adalah :-
ما نسب عادة لحفظ اموال الناس فيما يعسر اخذها..
Lebih kurang maknanya " ( tempat) yang dinisbahkan,secara hukum adatnya, sbg tempat penyimpanan harta benda manusia yang mana orang lain susah nak pi ambil. "
Misalnya peti besi iaitu tempat kita simpan barang barang berharga.
Fanatik : " Ohh.."
Jebon : " Ya Salam.Patutnya enta yang ajar ana. Sebab enta tu ostad dan ana pula puak-puak enta panggil kami jebon!"
Fanatik : " Hish enta ni, enta pun tahu kan ana bukan pernah mengaji pun.Ana pi pulun hafal ceramah ostad je sheikh.Ana ni ostad instant. Tapi depa panggil ana ostad sebab ana berjubah dan berkopiah.Banyak markaz dan surau undang ana bagi kuliah. Ana pulun je lah.."
Jebon : "Jika enta sendiri pun tak begitu faham tentang hukum hudud, macam mana enta nak berdakwah cerita tentang kebaikan dan kehebatan hukum hudud pada orang lain sheikh,khususnya kepada orang bukan Islam spt orang dalam DAP?"
Fanatik : " Kata ostad ana, DAP tu anti hudud sheikh!.Jadi,kami wajib lawan depa. Tu dikira jihad! "
Jebon : " Umno dan MCA? "
Fanatik : " Depa dah berubah sheikh! Sebab tu la ni menteri agama depa bagi kat PAS. Tu kata ostad ana lah. Ana yakin dalam hujung tahun ni akan lulus RUU 355 dan Kelantan, Trengganu dan Kedah akan laksanakan hukum hudud!'
Sekian.

No comments:

Post a Comment