Thursday 19 August 2021

kenal ilmu

 MAKRIFAT SEJATI

Sesat Sana Sesat Sini Haram Sana Haram Sini
Tuan-Tuan Puan-Puan Muslimin dan Muslimat sekalian.
Akhir-Akhir ini banyak yang menuduh Ilmu Makrifat itu sesat dan Makrifat itu haram Pada saya sesat atau haram itu adalah kerana Belum jumpa Belum jumpa memanglah sesat Cuba Tuan-Tuan dah berjumpa pasti ianya tidak lagi sesat Sesat itu adalah kerana belum jumpa
Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada Mengenal illah atau tidak Bagi yang sudah berjumpa dan bagi yang sudah Mengenal Makrifat tidak lagi sesat dan Makrifat tidak lagi haram Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada perkara tahu atau tidak.
Saya kira Solat orang yang tidak Mengenal illah itu lebih sesat dan lebih haram daripada Ilmu Makrifat. Kenapa orang yang Solat tanpa Mengenal illah dan Solat tanpa ingat kepada illah itu tidak dijatuhkan hukuman sesat dan kenapa tidak dijatuhkan hukuman haram
Solat tanpa kenal illah dan Solat tanpa ingat kepada illah itu apakah hukumnya Cuba Tuan-Tuan jawab.
Jika tidak tahu memanglah sesat Cuba Tuan-Tuan baca dan cuba Tuan-Tuan Hayati betul-betul Kitab lama Pasti Tuan-Tuan menangis dan pasti Tuan-Tuan Insaf betapa Diri kita ini teramat jauh dari illah
Kita hanya tahu menyebut nama illah. illah yang kita sebut dan yang kita panggil itu hanyalah Nama. Sayangnya Tuan-Tuan tidak tahu Tuan yang Ampunya nama. Sebenar-benar illah itu adalah Tuan kepada yang Ampunya nama, illah yang tidak berhuruf dan illah yang tidak bersuara. Adapun yang kita sebut itu adalah perkataan nama illah. Hanya sebut nama, mana Tuan yang Ampunya nama
Lagi pula illah bukan suara bibir mulut, apakah dengan tidak ada bibir mulut, illah itu tidak ada Apakah illah itu ada hanya bila mana ada bibir mulut Apakah kalau tidak ada bibir mulut dan tidak ada suara, illah itu tidak ada Cuba jawab
Belajarlah Mengenal illah yang Sebenar-Benar illah iaitu illah yang tidak perlu ada suara bibir mulut, illah yang tidak perlu ada Suara dan illah yang tidak perlu ada nama. Tulisan illah yang di dinding itu bukan illah. Sebutan perkataan illah itu bukan illah.
Mana yang dikatakan Sebenar-Benar illah Sebenar-benar illah itu adalah yang tidak perlu kepada suara dan tidak perlu kepada tulisan. Apakah Tuan-Tuan Mengenal illah yang tidak berhuruf dan yang tidak berjisim Kalau Tuan-Tuan tidak Mengenal illah dan tidak ingat kepada illah di dalam Solat, apakah Solat itu sah Kenapa tidak haramkan Solat orang yang tidak Mengenal illah Kenapa tidak sesatkan Solat orang yang tidak ingat kepada illah
Tetapi kenapa orang yang belajar dan orang yang mengajar Ilmu Makrifat Ilmu Mengenal illah itu sesat dan dituduh haram Jika semua Ilmu Makrifat dituduh sesat dan jika semua Ilmu Makrifat dituduh haram, mana satukah Makrifat yang benar Mana satukah Makrifat yang betul Semua Makrifat itu salah, manakah Makrifat yang betul.
Tidak pernah kita dengar orang mengajar di Masjid, di Surau, di Televisyen dan tidak pernah kita dengar Forum Perdana tentang Makrifat yang betul. Mana Makrifat yang betul untuk dibuat panduan, untuk dibuat Tauladan dan dibuat contoh Mana role-model Makrifat yang tak haram dan mana role-model yang tak salah untuk kita jadikan ikutan Kalau ada saya pun nak Tumpang belajar, tetapi mana Kita sekarang hanya ada golongan yang hanya tahu tuduh sesat dan haram, tetapi Makrifat yang tidak sesat, Makrifat yang tidak salah tidak pula diajar, melainkan hanya tahu tuduh!
Mana Makrifat yang tidak sesat dan mana Makrifat yang tidak haram Tidak pernah kita dengar orang mengajar Makrifat di Masjid Surau Ceramah atau forum Perdana di Televisyen atau di Corong-Corong Radio, melainkan kalau adapun hanyalah sekadar istilah Makrifat sahaja. Tetapi tentang Sebenar-Benar Mengenal illah, Mengenal Diri, Zuk, ingat dan melihat illah tidak pernah kita dengar.

No comments:

Post a Comment