Tuesday, 14 April 2020

moringa

Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang mampu merawat masalah kekurangan nutrien dalam badan kerana bersifat antioksidan dan kaya dengan pelbagai nutrisi.daun Moringa
Moringa sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat tersendiri
Kandungan nutrisi yang tinggi
Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A. Kandungan zat dalam 100g daun moringa segar yang dimasak bersamaan dengan kandungan zat dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi
daun moringa sangat berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.
daun moringa dapat mengurangkan tahap lipid dan glukosa serta mengawal selia oksidatif stres pesakit diabetes. Hal ini bermaksud ia boleh merendahkan gula dlm.darah dan kolesterol, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.
berfungsi melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.
Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.
Melawan keradangan
Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.
Daun moringa dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan. Hal ini kerana tekanan tinggi boleh menimbulkan banyak risiko, termasuklah penyakit jantung yang membahayakan kesihatan seseorang.
Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman.
Moringa berperanan menyokong kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungan vitamin E dan vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. Ia juga mampu menstabilkan neurotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.

No comments:

Post a Comment