Tuesday, 21 April 2020

kes

Kes ini berlaku pada 25 November 1988, dan dikatakan kes pembunuhan paling kejam dan ngeri dalam sejarah Jepun. Junko yang baru sahaja pulang dari kerja sambilannya telah diculik oleh 4 orang remaja lelaki.
Dia kemudiannya dilarikan ke Ayase yang terletak di wilayah Misato dan Adachi di Tokyo, jarak dari Misato, tempat tinggal Junko ke Ayase mengambil masa kira-kira satu jam.
Junko kemudian disembunyikan dalam sebuah rumah yang juga milik Minato Nobuharu, iaitu salah seorang daripada empat penjenayah yang terlibat dalam penculikannya.
Bagi mengelakkan perbuatan jenayah mereka diketahui oleh keluarganya, Minato memperkenalkan Junko sebagai kekasih kepada salah seorang rakannya.
Ibu bapa Junko membuat laporan polis tentang kehilangan anak mereka itu. Perkara itu diketahui orang 4 orang lelaki tersebut lalu mereka memaksa Junko untuk membuat panggilan telefon kepada ibunya dan memaklumkan kepadanya bahawa dia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Dia juga dipaksa untuk memberitahu ibunya supaya operasi mencarinya turut dihentikan. Maka bermulalah tragedi 44 hari yang paling dasyat dalam hidup Junko. Junko telah diseksa dengan cara yang sangat kejam dan diluar kewarasan akal.
Hari pertama Junko: - Dikurung di sebuah rumah, menyamar sebagai teman wanita dari salah seorang penculik - Telah dirogol lebih daripada 400 kali - Dipaksa menelefon ibu bapanya dan memberitahu mereka dia telah melarikan diri - Dibiarkan kelaparan
- Diberikan lipas untuk dimakan dan air kencing untuk diminum - Dipaksa beronani dan menari bogel - Dibakar dengan pemetik api, bunga api dinyalakan dalam telinga, mulut dan farajnya - Botol dimasukkan ke dalam faraj dan duburnya dimasukkan mentol lampu yang sedang menyala
Hari ke-11: - Mukanya diletakkan di atas lantai kongkrit dan dilompat ke atasnya - Tangan diikat pada siling dan dijadikan “punching bag” sehingga organ dalamannya rosak dan menyebabkan darah keluar dari mulut - Hidung dipenuhi darah sehingga terpaksa bernafas melalui mulut
- “Dumbbell” dilepaskan ke atas perutnya - Muntah ketika ingin minum kerana perutnya tak mampu menerima air lagi - Cuba untuk melarikan diri tetapi ditangkap kemudian dihukum, dicucuh dengan rokok pada tangannya - Cecair mudah terbakar dicurahkan pada kaki dan betisnya dibakar
Hari ke-20: - Tak mampu berjalan dengan betul disebabkan luka terbakar yang teruk - Dipukul menggunakan buluh, batang besi dan kayu golf - Bunga api dimasukkan ke dalam dubur dan dinyalakan - Tangan dihempap dengan benda berat sehingga kukunya retak
- Rokok dimasukkaan ke dalam faraj dan dipaksa minum air kencing sendiri sambil diketawakan - Dipaksa tidur di balkoni dimana pada ketika itu adalah musim sejuk - Lidi ayam panggang dimasukkan ke dalam faraj dan dubur menyebabkan pendarahan
Junko hampir melarikan diri sekali ketika cuba mendapatkan telefon, tetapi disedari salah seorang lelaki. Mereka kemudian menghukumnya dengan membakar kakinya sekali lagi kerana cuba untuk melarikan diri.
Junko mengalami kekejangan yang mana dijelaskan oleh penculiknya mereka menyangka dia berpura-pura. Mereka kemudiannya membakar Junko sekali lagi, dan kemudian api dipadamkan tetapi Junko masih bernafas.
Hari ke-30: - Lilin panas dititiskan ke muka - Kelopak mata dibakar dengan pemetik api - Payudara ditusuk dengan jarum - Puting kiri dipotong dan dihancurkan menggunakan playar - Mentol lampu panas dimasukkan ke dalam faraj
Farajnya mengalami pendarahan teruk akibat dimasukkan gunting - Junko mengalami kesukaran untuk kencing dengan betul
Kecederaan sangat teruk membuatkan Junko mengambil masa lebih daripada 1 jam untuk merangkak ke tingkat bawah untuk menggunakan tandas - Gegendang telinganya rosak dengan teruk dan saiz otaknya mengecil
Hari ke-40: - Junko merayu supaya dirinya dibunuh kerana sudah tidak mampu bertahan - Anggota badannya dipotong membuatkan Junko tak mampu bergerak
Hari hari terakhir Junko. 4 orang lelaki tersebut telah memukul Junko menggunakan besi, Kemudian mukanya dicucuh menggunakan api lilin. Mereka juga memaksa Junko berdiri dan memukul kakinya menggunakan kayu menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kekejangan.
Darah keluar dengan banyak dan nanah meleleh daripada jangkitan akibat dibakar, membuatkan mereka membalut tangan mereka menggunakan plastik, dan terus memukul Junko.
Sekali lagi cecair pemetik api dituang ke kaki, tangan, perut dan mukanya, dan dibakar. Junko dikatakan cuba untuk memadam api tersebut tetapi menjadi semakin tidak bermaya. Penyeksaan terakhir ini berlangsung selama 2 jam.
Setelah diseksa dengan begitu kejam selama 44 hari, akhirnya Junko menghembuskan nafasnya yang terakhir.


4 lelaki tersebut kemudian membungkus mayat Junko menggunakan selimut dan menyumbatnya ke dalam sebuah beg dan akhirnya ditanam di dalam sebuah tong drum dan kemudian disimenkan.
Kira-kira 100 orang telah mengetahui tentang penculikan Junko termasuklah ibu bapa salah seorang penculik tersebut (Minato) tetapi mereka sama ada membiarkan Junko diseksa atau mereka sendiri mengambil bahagian dalam penyeksaan dan pembunuhan tersebut.
Kesemua empat lelaki tersebut akhirnya dapat ditangkap dan mengaku bersalah kerana "melakukan kecederaan pada tubuh yang mengakibatkan kematian", dan bukan membunuh.
Akan tetapi, hukuman yang dikenakan terhadap keempat-empat penjenayah ini adalah berbeza-beza.
Miyano Hiroshi, 17, yang dikatakan ketua kumpulan ini dijatuhkan hukuman 20 tahun penjar. Minato Nobuharu, 16, dijatuhkan hukuman 5 hingga 9 tahun penjara. Watanabe Yasushi, 17, dihukum 5 hingga 7 tahun penjara. Manakala Jo Kamisaku, 17, dihukum 8 tahun penjara juvana.

No comments:

Post a Comment