"Syahadat, solat, dan puasa, itu adalah amalan yang tidak diinginkan, dan oleh kerana itu tidaklah perlu dilakukan. Adapun bayar zakat dan naik haji ke Makkah, kedua-duanya adalah omong kosong. Itu semua adalah palsu dan penipuan terhadap sesama umat manusia.
Menurut para auliya, apabila umat manusia melakukannya, maka dia akan dapat pahala. Itu adalah omong kosong belaka, malahan kedua-duanya adalah orang yang tidak tahu.
Tiada pernah saya menuruti perintah akal, bersujud-sujud di masjid mengenakan jubah, pahalanya esok saja, apabila dahi sudah menjadi tebal, kepala pula jadi berbelang. Sesungguhnya hal itu tidak masuk akal.
Di dunia ini semua manusia adalah sama. Mereka semua mengalami suka dan duka, menderita sakit dan duka nestapa, tiada bezanya antara satu dengan yang lainnya. Oleh kerana itu, saya hanya setia pada satu hal saja, iaitu Sang Tuhan Maha Agung."
Syeikh Siti Jenar,
Manunggaling Kawula Gusti.
Manunggaling Kawula Gusti.
No comments:
Post a Comment