Buruknya perangai nafsu yang ada pada diri kita ni. Ketika lapar pucuk kayu mentah sedap cicah budu licin nasi satu periuk. Ketika kenyang telur mata makan dengan kicap pun tak makan konon tak ada selera. Jahat dan hodohnya perangai nafsu ni, tak pernah nak bersyukur dengan kehidupan yang ada. Patutla kena rendam dalam api neraka empat pulut tahun. Lepas rendam pun masih ada lagi sifat takabur, celaka badan ni kerana mu nafsu. Kita yang terikut nafsu syaitan , iblis dan jin pulak yang kita persalahkan. Buruknya dan kejinya sifat dan fiil nafsu ni, tak kena batas pakai redah je.
No comments:
Post a Comment