Tetapi berhati hatilah jika kita dilimpahi nikmat kesenangan, kerana kebanyakannya ada bala dan kebencian Allah didalamnya. Allah sembunyikan benci dan bala dengan bungkusan nikmat. Maka berbimbang bimbanglah ketika kamu diberikan nikmat yang melimpah ruah , kerana qorun diberi nikmat begitu mewah sekali tetapi akhirnya mati didalam kekufuran, firaun diberi pangkat darjat dan kuasa tetapi mati didalam kekufuran. Uwais qarni hidupnya susah miskin melarat tetapi ianya masyhur sampai langit ketujuh sehingga seluruh para malaikat dan rasul mengenalinya, sehingga nabi perintahkan para sahabat supaya minta uwais qarni doakan keampunan untuk diri sahabat. Maka cintailah Allah dengan seluruh jasad dan nyawamu, biarlah mati dalam mencintai Allah. Ingatlah cinta dunia menyebabkan dirimu sengsara jika tidak didunia , diakhirat nanti .
No comments:
Post a Comment