Monday, 20 April 2020

fb d

Beza kita dengan haiwan itu atas jalan empat sifat, yaitu siddiq, amanah, tabligh dan fathanah.
Apa guna beribadah, berzikir, sedekah, amal jariah dan lain lainnya jika tidak siddiq(benar) tidak benar dalam pergaulan dengan sesama manusia sentiasa bercakap dusta , mangadu domba dan menabur fitah. Apa guna solat , berzikir dan beramal sedekah jariah , tetapi hatimu tidak benar dengan Allah tidak ikhlas, mengahrapkan pahala, syurga, kelebihan dan pujian.
Apa guna berkelakuan baik tetapi tidak amanah(jujur) segala perbuatan dan tingkah laku mu ada agenda tersembunyi. Bahkah segala rahsia dan aib orang emgkau sebarkan, dan sentiasa ingin mencari salah orang. Ketika baik engkau simpan rahsianya, waktu bergaduh engkau sebarkan, kekadang disaat berbaik dibelakangnya engkau buka. Dalam ibadah engkau lafaz dimulut kerana Allah tetapi hatimu mengharap balasan, sedangkan engkau tahu ibadah itu pun adalah amanah dari Allah untuk kita.
Dalam kehidupan seharian engkau takut untuk tabligh(menyampaikan) kebenaran dan menegah dan menegur sahabat taulan mu dari membuat perkara mungkar . Bahkah kekadang engkau muafakat dan bersengkokol. Sedangkan engkau tahu wajib setiap orang islam menyampaikan kebaikan.
Rasa yang sanggup belagak pandai tetapi hakikatnya bodoh. Dia lupa fathanah (cerdik bijaksana) itu wajib. Untuk fathanah wajib berilmu . Tetapi ramai beribadah , beramal dan pergaulan hanya ikut ikutan , bahkan hanya menurut hawa nafsu semata mata. Sedangkan mereka yang ada fathanah ini dia tahu batas batas dalam kehidupan yang telah Allah tentukan. Dan dia tidak menyalakan api kebencian dan perbalahan.
Jika empat sifat ini tiada pada diri kita , maka haiwan bahkan babi dan anjing itu terlebih mulia dari kita. Apa guna perasan manusia tetapi dari segi hakikatnya adalah binatang dalam bentuk manusia. Maka berubahlah kita untuk menjadi manusia sampai bila kita hendak menjadi haiwan.

No comments:

Post a Comment