Ketahuilah oleh mu bahawa puasa itu ada dua bahagian:
(1) puasa ibadah
(2) puasa adat
Puasa ibadah mengubah seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelum ini, dan menjadikan ia semakin taat dan patuh pada larangan dan suruhan Allah. Hatinya semakin teguh kepada Allah, dan amal ibadahnya semakin bertambah kerana cintanya kepada Allah.
Puasa adat adalah puasa ikut ikutan dan diturunkan dari generasi ke generasi yang berikutnya dan seterusnya. Tiada sebarang perubahan bahkan semakin melawan tuhan, bahkan puasa hanya kerana hendak raya. Inilah kerja sia sia hanya mendapat lapar dan dahaga dan keletihan semata mata.
Maka berpuasalah jangan semata mata puasa.
No comments:
Post a Comment