SIFAT DUA PULUH.
Apakah maksud sifat dua puluh ?
Apakah maksud sifat dua puluh ?
Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, didalam mentafsir kaedah mengenal tuhan melalui ilmu makrifat/mengenal.
Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia' terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal tuhan. Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta faham akan maksud dan makna yang tersirat, Insya illah ia akan dapat mengenal tuhan dengan nyata dan terang. Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah pembelajaran yang telah didedahkan melalui kitab, melalui pondok, melalui sekolah dan tidak kurang pula melalui guru-guru.
Semua itu bertujuan bagi mencari jalan, mencari cara dan mencari kaedah untuk mengenal tuhan. Diantara banyak-banyak cara dan diantara banyak-banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi mengenal tuhanadalah dengan mempelajari sifat 20.
tuhan tidak akan dapat dikenal melalui mata zahir, ianya dapat dikenal melalui mata hati dengan mempelajari sifat-sifatnya. Tidak ada jalan, tidak ada cara dan tidak ada kaedah lain untuk mengenal tuhan, melainkan melalui ilmu mengenal sifat-sifatNya. Hanya melalui sifat-sifatNya sahaja yang membolehkan kita mengenal tuhan. Andaikata adanya jalan lain, selain dari kaedah itu, ternyata ianya adalah dusta yang teramat besar.
ADAKAH tuhan LAYAK UNTUK DISIFAT-SIFATKAN ?
Sebelum sifat 20 diperjelaskan, suka dingatkan disini bahawa, tuhan sebenarnya tidak bersifat dan tuhan sebenarnya tidak boleh disifatkan. Seandainya tuhan bersifat bererti tuhan itu boleh di kualiti dan boleh dikuantitikan. Sedangkan tuhan tidak berbilang, tidak berkualiti dan tidak berkuantiti. Maha suci tuhan dari sifat berbilang-bilang yang menyerupai sifat makhloknya. tuhan tidak boleh dipersifatkan.
tuhan itu sangat tinggi, sangat jauh, lebih tinggi dan lebih jauh dari kedudukanNya. Hingga tidak sampi akal untuk mengkajiNya. tuhan tidak terhad dan tuhan tidak terbatas, sedangkan akal kita amat terhad dan amat terbatas. tuhan tidak ada awal, dan tidak ada akhirnya. Tidak mungkin tercapai oleh akal untuk menjangkaunya.
Mana mungkin tuhan bersifat, tuhan adalah suatu zat yang bukan Ain ( bukan benda ). tuhan bukan barang, dan tuhan bukan sesuatu. tuhan adalah perkara yang tidak boleh disifatkan. Sifat yang disifatkan dan sifat yang dinyatakan itu adalah semata-mata thamsil, semata-mata misalan, semata-mata usul, semata-mata perumpamaan dan semata-mata sekadar contoh bagi mempermudahkan faham
APAKAH ASAS SIFAT 20 ?
Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara ;
1). Zat. ( roh )
2). Sifat. ( rupa )
3). Afa'al ( perangai-perbuatan )
4. Asma' ( nama )
2). Sifat. ( rupa )
3). Afa'al ( perangai-perbuatan )
4. Asma' ( nama )
APAKAH SIFAT tuhan YANG 20 ITU ?
1. Ujud = Ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat = kuasa
8. Irodat = menghendaki
9. Ilmu = mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama' = mendengar
12. Basor = melihat
13. Kalam = berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami'un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Muutakallimun = maha berkata-kata
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat = kuasa
8. Irodat = menghendaki
9. Ilmu = mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama' = mendengar
12. Basor = melihat
13. Kalam = berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami'un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Muutakallimun = maha berkata-kata
20 sifat tuhan itu terbahagi kepada berapa bahagian ?
20 sifat-sifat tuhan terbahagi kepada 4 bahagian.
1. Bahagian sifat Nafsiah
2. Bahagian sifat ma'ani
3. Bahagian sifat ma'nawiah
4. Bahagian sifat salbiah
2. Bahagian sifat ma'ani
3. Bahagian sifat ma'nawiah
4. Bahagian sifat salbiah
Bahagian yang empat inilah yang dikatakan menjadi intipati dan isi kepada ilmu mengenal tuhan. 4 bahagian inilah nantinya yang akan mengupas dan yang akan menterjemahkan sifat 20. Barang siapa yang berhajat untuk mengenal tuhan, perlu diambil perhatian kepada ke empat-empat bahagian tersebut.
SIFAT NAFSIAH
Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah ?
Sifat yang terkandung didalam nafsiah itu, hanya satu iaitu sifat wujud. Wujud yang membawa maksud ada. Adanya tuhan itu, meliputi segala yang zahir mahupun yang batin.
Apakah maksud sifat nafsiah (menolak) ?
Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan keujudan yang lain selain tuhan. Hanya tuhan sahaja yang ada dan hanya tuhan sahaja yang wujud.
Wujudnya tuhan itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat, afa'al dan asma'Nya. Zat tuhan itu merupakan sifatNya dan sifat tuhan itu adalah juga merupakan zatNya. Zat dengan sifat tuhan itu adalah ujud yang terpisah, berpisah, bercerai dan ujud yang tidak berasingan.
Keujudan zat dengan keujudan sifat tuhan itu, adalah esa (satu juga pada hakikatnya). Seumpama sifat ilmu dengan sifat kalam tuhan. Apabila sifatnya bersifat mendengar (sama'), bererti zatnya juga, bersifat berpendengaran (sami'un). Apabila tuhan bersifat melihat (basor), bererti zatNya bersifat berpenglihatan (basirun). Apabila tuhan bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya bersifat kekuasaan (kodirun). Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang lain.
Sifat tuhan itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup). Apabila kita melihat pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. Bergoyangnya pokok, adalah bagi menandakan bergoyangnya angin. Sifat bergoyang itu sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu sebenarnya adalah sifat angin. Walau bagaimana pun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok itu, adalah satu sifat yang sama. Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Pokok tidak boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh angin. Begitulah juga sifat tuhan dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.
Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20. Apabila ianya dirujuk kepada diri. Barulah kita dapat melihat dan mengenal tuhan melaluinya. Seandainya sifat 20 itu, tidak dirujuk kepada diri, selama itulah kita tidak akan dapat mengenal dan melihat tuhan. Dalam memahami sifat nafsiah (nafi) iaitu sifat menafikan, menidakkan, atau sifat menolak. Kita dikehendaki menidakkan sifat-sifat yang lain selain tuhan. Kita dikehendaki menidakkan kewujudan sifat alam dan sifat diri kita sendiri. Menidakkan sifat diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa). Cara untuk menidakkan sifat diri kita dan untuk mewujudkan sifat tuhan itu, adalah dengan cara, menyerah atau membinasakan diri kepada tuhan
Bilamana sifat telinga telah dipulangkan, ianya akan disambut dengan sifat pendengaran tuhan. Bilamana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat penglihatan tuhan. Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu tuhan. Selagi sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita, sudah pasti kita tidak akan dapat melihat tuhan melalui pandangan dan penglihatanNya.
Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada tuhan, akan bertukar menjadi sifat basor tuhan, barulah sifat penglihatan basirun tuhan itu, boleh melalui sifat mata kita. Bermaknanya disini bahawa, sifat mata yang ada pada kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima penglihatan tuhan melaluinya, melainkan sifat mata makhlok telah binasa dan bertukar kepada sifat wajah tuhan.
Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan tuhan yang maha tinggi. Sifat makhlok tidak layak untuk menanggong sifat tuhan, melainkan sifat kita itu ditukar milik, supaya menjadi milik tuhan, setelah melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan penyerahan hak milik) kepada tuhan. Apabila sudah menjadi milik tuhan, barulah mata kita itu, dapat melihat melalui penglihatan tuhan. Apabila mata kita itu telah menjadi milik tuhan, barulah sifat basirun (penglihatan) tuhan itu dapat terpancar melalui mata kita.
Apabila penglihatan tuhan sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya sifat mata akan binasa. Mata makhlok akan hangus terbakar, binasa dan lenyap lantaran dipenuhi oleh cahaya tuhan. Cahaya penglihatan tuhan itu sendiri, yang membinasakan sifat mata kita. Hanya tuhan sahaja yang dapat menanggung sifat tuhan. Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat penglihatan tuhan
Selagi mata masih bersifat makhlok atau masih menjadi sebahagian dari anggota diri kita, selagi itulah wajah tuhan tidak boleh mengambil tempat. Selagi sifat tuhan tidak dapat mengambil tempat, selagi itulah, kita tidak akan dapat mengenal dan melihat tuhan melaluinya. Inilah konsep nafsiah, iaitu konsep menidakkan sifat makhlok supaya dapat menjadikan semuanya bersifat wajah tuhan. Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana' dan leburkan diri kita ke dalam cahaya tuhan, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran tuhan, jadilah mata kita itu, penglihatan tuhan dan sebagainya.
Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan tuhan. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain, ianya merupakan pakaian dan persalinan tuhan. Sifat kita selaku makhlok, tidak layak untuk memakai yang menjadi persalinan tuhan. Seandainya kita terpakai persalinan tuhan, cepat-cepatlah bertaubat.
Apabila tuhan bersifat basor, tuhan juga bersifat basirun. Apabila tuhan bersifat qudrat, tuhan juga bersifat Qodirun dan sebagainya. Oleh yang demikian bagi yang telah sampai kepada makam (tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu, adalah juga yang dilihat, yang disembah itu, adalah yang menyembah dan yang menyembah itu, adalah juga yang disembah. Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam dalam zuk cahaya wajah tuhan. Walaupun tuhan itu bersifat dengan 20 sifat, namun semua 20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam zatNya. Walaupun sifat tuhan itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.
Yang menjadikan sifat tuhan itu berbilang-bilang adalah dikeranakan khayalan fikiran dan lemahnya sangkaan akal manusia. Sedangkan pada dasar dan pada hakikatnya, kesemua sifat tuhan itu adaslah satu (esa), tidak berbilang-bilang.
Mempelajari, memahami serta mengetahui sifat nafsiah bertujuan memberi peringatan kepada kita bahawa, tidak ada yang berbentuk, melainkan yang berbentuk itu adalah bentuk bagi tuhan dan tidak ada yang bersifat, melainkan yang bersifat itu hanya sifat bagi tuhan. Tidak ada yang berupa melainkan yang berupa itu adalah rupa bagi tuhan
Di dalam memahami sifat nafsiah, kita dikehendaki menafikan, mematikan, melenyapkan, menghilangkan dan membinasakan semua sifat-sifat yang lain selain dari sifat tuhan. Di peringkat pengajian ilmu sifat nafsiah, kita dikehendaki melihat bahawa hanya tuhan sahaja yang ada, ujud, wujud dan maujud. Keujudan makhlok alam pada peringkat ini belum lagi boleh diletak dalam gambaran fikiran dan belum lagi boleh dibayangkan dalam ciptaan khayalan akal. Yang ada dan yang ujud pada peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah tuhan semata-mata.
Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar kits tentang kewujudan tuhan secara mutlak dan secara "wujudiah". (wujud yang meliputi), meliputi sekslian alam, meliputi sekalian makhlok dan meliputi sekalian diri kita. Sifat nafsiah dalam wujudiah itu adalah membawa makna keujudan tuhan secara mutlak, secara bersendirian, secara keesaanNya, tanpa adanya lagi yang lain selain tuhan. Seumpama bukan pokok yang bergoyang tetapi yang bergoyang itu adalah angin. Walaupun kita nampak yang bergoyang itu pokok, didalam kefahaman pengajian ilmu makrifah yang bergoyang itu bukan lagi pokok, sesungguhnya yang bergoyang itu adalah sifat angin. Inilah kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran makrifat.
Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam sifat 20 kita jangan lupa untuk menghubungkaitkan dengan kalimah syahadah. Pelajaran sifat nafsiah dalam sifat 20, bukan sekadar bertujuan untuk dihafal. Pelajara sifat nafsiah itu selain bertujuan untuk mengenal sifat tuhan melalui sifat 20, ianya juga adalah bertujuan bagi mentafsir kalimah syahdah. Sifat nafsiah itu, adalah satu kaedah kiasan sahaja. Tujuan sebenar kiasan sifat nafsiah itu, adalah disasarkan kepada tafsiran dan pemahaman kalimah syahdah.
Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak atau diterjemahkan pada tafsiran syahadah, ia berada pada kedudukan kalimah "LAA" (iaitu kalimah nafi). Kalimah nafi adalah kalimah menolak yang lain selain tuhan, membinasakan yang lain selain tuhan. Kuwujudan sifat-sifat yang lain itu, seumpama bayang cahaya. Apabila hilang cahaya maka hilanglah bayang.
Apabila kita dapat memahami dan menghayati pengertian isi ilmu nafsiah dalam sifat 20 dengan penuh penghayatan, ianya membuatkan ucapan syahdah kita, benar-benar diterima tuhan
Bagaimana cara ucapan syahdah yang penuh makna ! Adapun ucapan syahdah yang penuh makna itu, adalah dengan melafazkan ungkapan kalimah "Laa" dengan menghilangkan dan membinasakan sifat-sifat yang lain, selain tuhan Sehingga tidak ada lagi keujudan bulan, bintang, alam, dunia dan keujudan kehidupan diri, melainkan tuhanlah yang ujud, wujud dan maujud, pada sekalian wajah alam.
Ucapan perkataan "Laa" adalah tahap ucapan yang tidak ada lagi sesiapa. Tidak ada apa-apa dikiri, dikanan, diatas, dan tidak apa-apa lagi dibawah kita, melainkan semasa melafazkan kalimah "Laa" kita dikehendaki mengisi keyakinan hati dan mengisi kepercaysan akal, bahawa tidak ada yang lain lagi pada keujudan alam ini, melainkan sekalian yang ada ini, adalah wajah tuhan (yang meliputi segalanya). Itulah diantara tujuan kita mempelajari sifat nafsiah ( sifat 20 )
APAKAH BENTUK SIFAT NAFSIAH ?
Sifat nafsiah adalaj berbentuk "PERKHABARAN", sifat yang hanya ada pada zat tuhan dan tidak memberi bekas kepada alam, sifat nafsiah itu, tidak pula boleh dikualiti dan tidak boleh dikuantitikan. Adanya tuhan adalah ada yang mutlak, ada yang tidak dikeranakan oleh suatu kerana yang lain.
Sifat nafsiah adalah sifat yang mengkhabarkan kepada kita bahawa tuhan itu ada, adanya tuhan itu melalui perkhabaran yang tidak dapat dipegang atau dirasa dengan tangan, tidak dapat dizahirkan untuk dilihat. Perkhabaran adalah perkara yang tidak boleh disifatkan, tidak boleh dikualiti atau dikuantitikan. Ia hanya boleh dirasa dan diyakini oleh hati tanpa usul
SIFAT MA'ANI
Apakah maksud sifat ma'ani ?
Pengertian sifat ma'ani adalah membawa maksud "PERGANTUNGAN". Ma'ani adalah sifat yang menumpang kepada sifat lain, seumpama sifat hidup yang bergantung kepada sifat haiyun, seumpama sifat basor, yang bergantung kepada sifat basiron dan sebagainya. Sifat ma'ani adalah sifat yang bergantunh kepada sifat maknawiyah. Tanpa maknawiyah sifat ma'ani tidak berfungsi. Berfungsinya sifat ma'ani adalah dengan kerana limpahan rahmat dari sifat maknawiyah ( kuasa tuhan ). Sifat ma'ani itu, bergantung dan menumpang sifat maknawitah.
Sifat Apakah Yang Terkandung DI Dalam Ma'ani ?
Sifat yang terkandung di dalam sifat ma'ani ada 7 perkara:-
1. Hayat. = hidup
2. Qudrat. = kuasa
3. Irodat. = berkehendak
4. Ilmu =. Mengetahui
5. Sama'. = mendengar
6, basot. = melihat
7. Qalam = berkata-kata
2. Qudrat. = kuasa
3. Irodat. = berkehendak
4. Ilmu =. Mengetahui
5. Sama'. = mendengar
6, basot. = melihat
7. Qalam = berkata-kata
Apakah Bentuk Sifat Ma'ani ?
Bentuk sifat ma'ani itu, adalah sifat yang boleh dilihat dan boleh digambarkan oleh akal. Ianya juga merupakan sifat yang terzahit (tergambar) pada fikiran dan terbayang pada khayalan. Seumpama sifat hayat (hidup), ianya terbaayang kepada sifat nyawa, sifat melihat, terbayang pada sifat mata dan pendengaran, terbayang kepada sifat telinga. Kita boleh bayangkan sifat ma'ani, melalui pendengaran, penglihatan dan sebagainya.
Sifat ma'ani bukan sahaja terzahir pada khabar tetapi terzahir juga pada kenyataan, ertinya maujud pada khayalan fikiran dan maujud juga pada kenyataan sebenar. Ujud sifat ma'ani itu, adalah dikeranakan dengan sesuatu, kerana yang lain. Tanpa kerana sifat yang lain, sifat ma'ani tidak boleh wujud dan tidak boleh zahir. Wujudnya sifat ma'ani adalah dikeranakan menumpang sifat maknawiyah.
Bagaimana Menterjemah Sifat Ma'ani Pada Diri Kita ?
Sifat ma'ani tuhan yang jelas terzahir pada diri kita ada 7.
1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata
Ada dengan terang dan jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita. Tujuan dizahirkan sifatNya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang tuhan melaluinya. tuhan bukan ain (bukan benda) yang boleh dikenal melalui bentuk hitam dan putih. tuhan menzahirkan sifat-sifatnya ke atas diri kita adalah bertujuan supaya dijadikan "Tempat memandang sifat-sifatnya" kepada mereka-mereka yang berpandangan jauh.
Tetapi ramai yang masih tidak memerhatikannya. Sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat dan sifat berkata-kata yang dipakai tuhan atas diri kita, adalah menjadi tanda kebesaranNya atas diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya. Sifat-sifat tersebut bukannya sifat peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan mutlak tuhan
Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah kita sedar dan insaf akan hal itu. Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik tuhan dan kepunyaan tuhan yang sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan yang empunya, sementara hayat masih dikandung badan. Penzahiran sifat ma'ani (angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang berupa pakaian sementara, yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang empunya. tuhan tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.
Maha suci tuhan dari ibarat dan misal. Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan itu, hanya sekadar mempermudahkan faham. Sifat ma'ani itu, adalah seumpama bayang-bayang, manakala tuhan, adalah seumpama tuan yang empunya bayang.
Firman tuhan :-
25.Surah Al-Furqān (Verse 45)
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan
bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
Maksud hadis:-
"tuhan Jadikan Manusia dalam bayangNya"
Maksud bayang itu, adalah merujuk kepada makhlok dan diri kita. Bayang (diri) sebenarnya tidak mempunyai apa-apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat yang menumpang dari yang empunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang empunya bayang. Berdirinya bayang adalah dengan berdirinya tuan yang empunya bayang (tuhan). Mustahil bayang itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa kuasa dari yang empunya bayang (tuhan). Bayang dengan yang empunya bayang itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.
Diri kita dengan wajah tuhan itu, adalah seumpama ujud bayang dengan yang empunya bayang atau seumpama bayangan wajah dipermukaan cermin. Sifat ma'ani itu tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah. Hubungan antara sifat ma'ani dengan sifat maknawiah itu, adalah seumpama hubungan antara bayang dengan yang empunya bayang, Contohnya seumpama sifat mata dengan penglihatan, sifat telinga dengan pendengaran dan sifat mulut dengan yang berkata-kata. Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak boleh bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan sifat ma'ani dengan sifat ma'anawiyah itu, bercantum tidak bercerai tiada.
Maksud hadis :-
"Tiada bercerai antara nafi dan isbat, dan siapa-siapa ceraikan antara keduanya maka ora g itu kafir adanya"
Bayang bukan cahaya tapi tidak lain dari cahaya. Cahaya bukan matahari tapi tidak lain dari matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara tuhan dengan diri kita. Dari itu marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan tuhan, yang harus kita serah kembali kepada yang empunya.
Tujuan mempelajari sifat ma'ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa sebenarnya diri kita ini tidak ada, tidak wujud dan terjadi. Yang wujud, yang ada dan yang terjadi adalah hanya semata-mata tuhan, seumpama sifat bayang, terzahirnya bayang itu, adalah bagi tujuan menampakkan dan menyatan sifat yang empunya bayang itu sendiri.
Di dalam keghairahan membicarakan soal sifat ma'ani, harus diingat bahawa tuhan tidak bertempat. tuhan tidak menjelma keatas jasad. tuhan tidak bertempat di dalam atau di luar badan, tuhan tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan, tuhan bukan kesatuan, tuhan bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita. Orang-orang yang mengaku bahawa tuhan menjelma di dalam jasad dan tidak kurang pula ada yang mengaku Tuhan dan sebagainya. Sesungguhnya mereka-mereka itu, adalah tergolong dikalangan mereka-mereka yang sesat dan sejahil-jahil manusia.
tuhan tidak ada dalam diri kita, tetapi kitalah yang ada dalam tuhan. Bukan kita mengandungi tuhan, tetapi tuhanlah yang mengandungi kita. Bukan kita yang meliputi tuhan, tetapi tuhanlah yang meliputi kita. Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik tuhan, sifat yang ada pada diri kita akan hancur, binasa dan hilang lenyap, sifat yang kekal dan yang abadi itu, hanyalah tuhan
Firman tuhan :-
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama tuhan yg esa. Tiada
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat tuhan. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat tuhan. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh ?
Sifat ma'ani adalah wajah tuhan yang terzahir melalui sifat dan rupa paras roh, melalui sifat mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya. Sebagaimana rupa dan paras roh, sebegitulah wajah ma'ani tuhan, kerana rohlah sifat ma'ani tuhan. Untuk melihat sifat ma'ani tuhan lihatlah pada wajah dan sifat rupa paras diri kita sendiri. Hubungan roh dengan sifat ma'ani itu, seumpama sifat mata pada roh, penglihatan bagi tuhan, telinga pada roh, pendengaran bagi tuhan dan begitulah seterusnya.
Apakah Hubungannya Sifat Ma'ani Dengan Kalimah Syahdah?
Tujuan kita mempelajari dan mendalami ilmu ma'ani itu, adalah untuk membawa kepada pemahaman kalimah syahadah. Tujuan nafsiah membawa pengertian kepada lalimah "Laa" adalah kslimah bagi menafikan kewujudan sifat makhlok. Manakala sifat ma'ani kalimah "Ila ha" pula, bermaksud mengadakan atau mengiakan dan mengambil balik segala apa yang kita telah tolak dalam kalimah "Laa". Jika dalam kalimah "Laa" kita tolak semua sifat makhlok, manakala dalam kalimak "Ila ha" pula, ianya kita adakan semula. Walaupun sifatnya diadakannya kembali, ianya adalah sekadar sifat yang menumpang.
Jika dalam kalumah "Laa" kita mengaku bahawa tidak ada lain, selain tuhan, manakala dalam kalimah "Ila ha" pula kita mengaku bahawa tuhan telah menzahirkan makhloknya melalui 7 sifatNya, seumpama sifat hidup, kuasa, berkehendak, mengetahui, mendengar, melihat dan sifat berkata-kata. Walau bagaimana pun 7 sifat tersebut diatas hanya sekadar sifat menumpang. Seumpama sifat sama' menumpang sifat sami'un, sifat basor menumpang sifat basirun dan begitulah seterusnya.
Untuk dihubung kaitkan dengan kalimah syahdah, kita hendaklah melihat sifat mata yang kita miliki, tidak berguna, tanpa penglihatan tuhan, telinga kita tidak akan bermakna tanpa pendengaran tuhan, mulut tidak bererti tanpa berkata-kata tuhan, hidung tidak berguna tanpa hidup tuhan, akal tidak bererti jika tanpa ilmu tuhan, anggota tidak bermakna tanpa kuasa tuhan. Segala-galanya yang ada pada kita bergantung dan menumpang sifat tuhan.
Semasa melafazkan kalimah "Ila ha" dalam bersyahadah, kita dikehendaki mengingati diri kita bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita bawa ini, tidak boleh berdiri sendiri, hanyalah sekadar sifat yang menumpang dan bergantung kepada sifat tuhan. Diri kita tidak memiliki apa-apa. Kita tidak akan dapat melihat tanpa basirun tuhan dan kita tidak akan dapat mendengar tanpa samiun tuhan. Dari kesedaran dan keinsafan itu, membawa hati kita kepada suatu perasaan kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan perasaan fakir dihadapan tuhan. Inilah tujuan kita mempelajari sifat ma'ani.
Diri kita ini sesungguhnya yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibubapa, anak-isteri, kaum-keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya miskin itu, adala hak tuhan, yang boleh diambilnya balik pada bila-bila masa. Yang kita miliki ini, adalah semata-mata hak kepunyaan tuhan. Ditangan tuhanlah diri kita, segala kekuatan, kecantikan, kekayaan dan kegagahan yang selama ini kita megah-megahkan itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan tuhan. Dengan kefahaman bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati dan menumpang. Seumpama sifat mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota, menumpang wajah kebesaran tuhan. Yang hendahnya dikembalikan semula sifat itu kepada tuhan.
Anggaplah diri kita ini, sudah mati, binasa, hilang dan lenyap dalam wajah tuhan. Yang kita miliki ini, semuanya adalah hak tuhan belaka. Hendaklah kita serah kembali kepada tuhan. Kembalikan sifat-sifat tersebut kepada tuhan. Jadikanlah diri kita ini seumpama fakir, muflis, hina, mati, binasa dan hilang dalam kekuasaan tuhan. Inilah diantara hikmah dan diantara intipati mempelajari sifat ma'ani dalam sifat 20.
Bagaimana Mengenal tuhan Melalui Sifat Ma'ani ?
Peranan sifat ma'ani hanya sekadar menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma'ani berperanan sekadar sifat menumpang. Seumpama basor, hanya menumpang kepada sifat basirun. Telinga menumpang sifat sama', manakala sama' pula menumpang sifat samiun. Lidah menumpang sifat kalam, manakala kalam pula menumpang sifat mutakallimun. Sifat ma'ani adalah sifat menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan tuhan).
Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada pada diri kita ini, semuanya kepunyaan tuhan. Kita ada mata, tatapi tuhan yang memiliki sifat penglihatan. Kita ada telinga tetapi tuhan yang memiliki sifat pendengaran. Kita ada mulut tetapi tuhan yang memiliki sifat berkata-kata. Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita ini adalah kepunyaan tuhan.
Sifat ma'ani bertujuan supaya sifat tuhan dapat dilihat melalui pancaindera, pada roh dan pada diri kita sendiri. tuhan berilmu manakala diri pula bersifat mengetahui melalui akal. tuhan berkudrat, manakala diri pula bersifat berkuasa melalui pancaindera. tuhan berirodat, manakala diri pula bersifat berkehendak ( dapat berkeinginan melalalui rasa ). tuhan bersifat sama' manakala diri pula bersifat mendengar melalui telinga. tuhan bersifat basor manakala diri pula bersifat melihat melalui mata. tuhan bersifat kalam, manakala diri pula bersifat berkata-kata melalui lidah.
Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah kepunyaan tuhan, diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat tuhan. Apabila kita faham sifat ma'ani, dengan sendirinya membawa diri kita pulang kepangkuan tuhan dengan tangan kosong, dengan menyerahkan segala sifat kepada tuhan. Bahawasanya diri kita ini, sebenar nya adalah kepunyaan dan milik tuhan sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang kita pakai dan yang ada pada kita ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).
Setelah kita sedar, bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan menumpang sifat tuhan, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada tuhan. Jangan sekali-kali cuba memakai pakaian tuhan, walaupun secara percuma atau secara pinjaman, kerana kita tahu bahawa pakaian tuhan itu, amat tidak layak untuk dipakai oleh kita. Kita tidak layak memakai pakaian tuhan dan kita tidak saja untuk menerima pijaman tuhan. Pakaian tuhan itu, tuhanlah pemiliknya, tuhanlah yang layak memakainya. Sebenarnya kita ini, tidak punya apa-apa pakaian atau persalinan. Kita ini adalah ibarat tangan kosong. Yang menjadi milik dan kepunyaan kita bukan pakaian atau persalinan, yang menjadi mikik dan kepunyaan kita yang mutlak, adalah tuhan itu sendiri.
Inilah konsep yang hendak diketengahkan dan yang hendak diterapkan melalui sifat ma'ani. Konsep serta kefahaman inilah yang benar-benar perlu kita fahami. Cuba fahami dan hayati betul-betul sifat ma'ani yang tujuh itu, apabila kita telah kasyaf dalam menghayati sifat ma'ani, di sinilah membawanya lebur dan terbakarnya sifat diri yang palsu dan yang menumpang ini.
Bagi mereka-mereka yang mengenal tuhan, apabila dia cuba untuk memakai sifat tuhan. maka hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat jasadnya. Mereka tidak sekali-kali berani memakai sifat pakaian tuhan. Pakaian tuhan itu ada tujuh iaitu seumpama sifat hidup, ilmu, kudrat, irodat, samak, basor dan kalam, manakala pakaian kita juga tujuh isitu seumpama
1. Pakaian sifat mati (binasa)
2. Pakaian sifat bodoh dungu
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidsk berupaya.
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak
5. Pakaisn sifat pekak dan tuli.
6. Pakaian sifat buta
7. Pakaian sifat bisu.
2. Pakaian sifat bodoh dungu
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidsk berupaya.
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak
5. Pakaisn sifat pekak dan tuli.
6. Pakaian sifat buta
7. Pakaian sifat bisu.
Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka yang mengenal diri dan yang mengenal tuhan. Mereka ini beranggapan dan beriktikat bahawa, diri serta jasad mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan binasa. Mereka tidak lagi berakal tidak lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi berkemahuan, tidak berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan dan tidak lagi bersuara,diri dan. Jasad mereka sudah fana', sudah baqo' dan karam dalam wajah tuhan
Diri mereka tidak ubah seumpama mayat yang hidup. Mereka tidak memakai pakaian tuhan, mereka tidak meminjam pakaian tuhan, mereka tidak mengambil persalinan tuhan, mereka tidak memakai apa-apa yang menjadi haq tuhan. Tidak layak bagi mereka untuk menerima apa-apa yang menjadi milik tuhan. Bagi mereka, segala-galanya adalah dari tuhan, kepada tuhan dan berserta tuhan. Baiklah didalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata, dalam penglihatan, pendengaran, berkeinginan Dan sebagainya, semuanya milik tuhan
Bukan sifat mata yang mereka pandang, tetapi penglihatan tuhan, bukan sifat telinga menjadi tumpuan, tetapi pendengaran tuhan, bukan mulut menjadi keinginan, yang menjadi keinginan mereka ialah suara (kata-kata) tuhan. Yang berkeinginan dan berkehendak itu, adalah tuhan. Yang berkuasa dan berilmu itu adalah tuhan. Inilah kaedah pegangan iktikad orang makrifat, dalam menterjemah sifat ma'ani. Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada tuhan.
Tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah untuk membawa kita kepada suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki dan yang ada pada diri kita ini, sebenarnya adalah milik tuhan. Setelah kita sedar yang segala-gala sifat itu menjadi milik tuhan, hendaklah kita kembalikannya semula kepada tuhan. Seandainya yang menjadi milik tuhan itu telah kita serahkan semula kepada tuhan, semasa hayat masih dikandung badan dan semasa masih berada didalam dunia, apabila kita pulang kerahmatillah kelak (setelah kita mati nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perlu ditanya, perlu dihisab dan perlu dipersoalkan oleh Malaikat Mungkar Dan Nakir.
Perkara yang membuat kita ditanya dan disoal itu, adalah kerana hutang sifat kita semasa di dunia masih belum dijelaskan, mereka yang belum melangsaikan pinjaman dan yang belum mengembalikan hak tuhan semasa hayat masih ada dan semasa masih hidup didunia, hutang sifat yang kita guna/pinjam dari tuhan, hendaklah dikembalikan semula kepada tuhan. Jika ianya dilangsaikan semasa di dunia, tidaklah ada lagi soal jawab dari Mungkar dan Nakir didalam kubur.
Apa lagi yang tuhan hendak tuntut, apa lagi yang tuhan hendak tagih dari kita, jika semuanya telah dikembalikan dan diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati kita telah kita serahkan kepada tuhan, jasad zahir dan batin telah dikembalikan kepada tuhan. Apa lagi yang hendak tuhan dakwa!, apa lagi yang hendak tuhan tuntut !, yang hendak tuhan dakwa dan tuntut itu, bagi mereka-mereka yang kembali kepangkuannya dengan tidak menjelaskan hutang sifat dan tidak mengembalikan hakNya. HakNya diambil pakai, diambil guna, tapi tidak pandai untuk memulangkan dan tidak pula pandai mengembalikannya semula kepada tuhan
Jika semuanya telah dikembalikan kepada yang empunya, nescaya tidak ada lagi, tuntut menuntut, dakwa-dakwi dan tidak lagi ada soal jawab kubur, malah dipintu surgalah kita disambut oleh tuhan
Inilah tujuan pengajaran sifat ma'ani diperkenalkan. Ini adalah tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk di ambil tahu oleh sekalian kita. Dengan mempelajari sifat ma'ani, akan membawa kita tahu untuk membezakan, yang mana hak kita dan yang mana hak tuhan. Perhatikan sekali lagi perkara ma'ani dan hendaknya kita hayati dan tilik dengan mata hati yang kasyaf.
Selagi hayat masih dikandung jasad, kita di kehendaki mengembalikan hak kepada yang berhak, nantinya bila tiba di alam akhirat kelak, kita akan mendapat layanan dan sambutan yang istimewa dari penguasa alam semester, lain dari yang lain. Kita akan ditempatkan bersama orang yang sempurna lagi terpuji. Roh orang-orang sebeginilah di namakan roh mutmainnah, roh yang diterima tuhan. Tempat kita itu, adalah disisi tuhan, bukannya disisi tanah yang mengandungi ulat dan cacing.
Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa disertai air wuduk, roh yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahdah. Inilah roh mereka-mereka yang mati sebelum mati dan roh mereka-mereka yang mengenal diri semasa didunia. Inilah yang dikatakan roh yang mengenal tuannya. Tuan yang empunya roh itu, tidak lain dan tidak bukan hanya tuhan yang satu lagi esa. Inilah penjelasan dan kupasan tentang kefahaman ilmu mengenal (makrifat) tuhan melalui pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20, yang bukan sahaja setakat tahu makna tetapi hendaklah dihayati dengan isi disebaliknya.
SIFAT MAKNAWIYAH.
Apakah maksud sifat maknawiyah?
Pengertian sifat maknawiyah itu, membawa maksud sifat kekuasaan tuhan, menjadi tempat pergantungan segala rupa (sifat), nama (asma'), berperangai (fe'el) dan pergantungan segala berzat (roh) krpadanya. Maknawiyah adalah tempat bergantungnya sifat ma'ani. Contohnya, bergantungnya sifat mendengar kepada pendengaran tuhan, bergantung sifat melihat kepada penglihatan tuhan dan begitulah seterusnya. Seumpama sifat cahaya (ma'ani) yang bergantung harap kepada sifat matahari (maknawiyah).
Begitu jugalah hubungan di antara sifat maknawiyah dengan sifat ma'ani, sebagaimana sifat ma'ani, sebegitulah rupanya sifat maknawiyah. Sebagaimana ciptaan, sedemikianlah penciptanya. Sebagaimana hasil, sedemikianlah acuannya. Sebagaimana yang awal sedemikianlah akhirnya, semuanya itu, adalah satu dari segi zatnya, cuma berbeza pada panggilan nama. Sifat tuhan dengan hasil nukilannya seumpama bercerai tidak bersatu tiada. Pencipta (zat) dan ciptaan (sifatnya) adalah satu. Sifat bukan zat tetapi tidak lain dari zat. Sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah, seumpama wajah orang yang menilik, dengan bayangan wajah di dalam cermin. Sifat maknawiyah bermaksud adalah bagi menggambarkan kekuasaan tuhan. Sifat bagi menggambarkan akan kehebatan kekuasaannya.
Sebagaimana kuasanya tuhan itu, sebegitulah besarnya Dia. Walau bagaimana besar dan kuasanya tuhan itu, tidak bermakna tanpa ciptaannya (makluk kejadiannya). Tanpa kejadian alam dan tanpa penzahiran makhlok, segala kehebatan, kekuasaannya, dan segala kehebatan kebesaranNya tidak akan dapat diterjemah dan diperzahirkan untuk dilihat makhlukNya.
Kekuasaan tuhan di dalam sifat maknawiyah, diterjemah melalui sifat ma'ani, manakala sifat ma'ani pula, diterjemah melakui pancaindera kita. Kejadian dan penzahiran sifat makhloknya yang bersifat ma'ani. tuhan yang bersifat dengan segala keperkasaan pengetahuanNya, ianya tidak membawa apa-apa makna, tanpa diterjemahkan melalui diri kita ( sifat makhlok ).
Sifat kepandaian yang ada pada kita itu, sebenarnya ilmu tuhan, dengan itu, walau setinggi manapun darjat kepandaian kita, kita tetap selaku umat manusia disisi tuhan. Oleh itu janganlah kita bersifat sombong dan angkoh bila berada dan berjalan dibumi tuhan. Dengan sifat mata yang cantik, wajah yang ayu, kuasa yang besar dan kekayaan yang menimbun, jangan pula menjauhkan dari mengingati tuhan. Ingatlah segala sifat yang ada pada kita itu adalah wajah bagi tuhan. Hendaknya kita itu, bersifat rendah diri, pemalu, tidak sombong, murah hati dan bersifat sopan santun di dalam menzahirkan sifat tuhan atas diri kita. Jangan bakhil atau kedekut dengan harta yang tuhan hamburkan melalui kita, rajin-rajinlah bersedekah dan bantu membantu kepada orang yang memerlukan, samada dalam bentuk wang ringgit, mahupun tenaga dari anggota zahir. Semua sifat itu, bukannya untuk menggambarkan kebaikan atau kebesaran diri kita, tetapi bagi menzahirkan sifat kekuasaan tuhan
Maksud diperkenalkan ilmu sifat maknawiyah, adalah bertujuan supaya kita dapat memati, membinasa, dan mengembalikan sifat anggota jasad. Seumpamanya dengan membinasakan sifat mata, dengan sendirinya akan membinasakan pula sifat melihat. Setelah kedua-dua sifat mata dan sifat melihat (basor) telah dapat dibinasakan (dikembalikan) kepada tuhan, dengan sendirinya sifat basirun tuhan (sifat yang memberi pengkihatan) akan dapat kita lihat.
Setelah ketiga-tiga sifat pancaindera, sifat ma'ani dan sifat maknawiyah dapat kita serahkan semula kepada tuhan. Disitulah nantinya, kita akan dapat melihat, bahawa diri kita telah lebur, disitulah, kita akan dapat menatap dan memandang bahawa, semua yang ada itu, adalah wajah tuhan. Tidak sempurna ilmu maknawiyah jika kita tidak mengembalikan ketiga-tiga sifat tersebut, jangan pula kita kembalikan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Seandainya dikembalikan sifat penglihatan sedangkan sifat mata tidak dikembalikan, ini tidak membawa makna dan konsep maknawiyah. Maknawiyah bukan sahaja sifat yang terletak pada kita, tetapi juga terletak pada sekalian makhlok alam seluruhnya. Termasuklah alam haiwan, alam bukit bukau, alam jin dan seluruhnya seisi alam.
Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Maknawiyah ?
7 Sifat maknawiyah yang terkandung didalam sifat 20
1. Haiyun = Yang hidup
2. Alimun = Yang tahu
3. Muridun = Yang berkehendak
4. Qodirun = Yang berkuasa
5. Samiun = Yang mendengar
6. Basirun = Yang melihat
7. Mutakallimun = Yang berkata-kata.
2. Alimun = Yang tahu
3. Muridun = Yang berkehendak
4. Qodirun = Yang berkuasa
5. Samiun = Yang mendengar
6. Basirun = Yang melihat
7. Mutakallimun = Yang berkata-kata.
Apakah Bentuk Sifat Maknawiah ?
Sifat maknawiyah (sifat kekuasaan tuhan), hanya ujud pada zat tuhan, tidak memberi bekas kepada alam. Maknawiyah tidak boleh dikualiti atau dikuantiti. Maknawiyah adalah suatu sifat yang menggambarkan ketinggian, kebesaran dan kekuasaan tuhan. Sifat kebesaran tuhan itu tidak boleh diterjemahkan kepada penglihatan. Seumpama tuhan bersifat tinggi atau besar setinggi dan sebesar mana tuhan itu, tidak dapat dizahirkan melalui kuantiti penglihatan atau jangkauan akal. Tujuh sifat maknawiyah adalah tempat bergantung tujuh sifat ma'ani. Maknawiyah menanggung dan mendukungi sifat ma'ani. Sifat maknawiyah adalah tempat tumpang dan pergantungan sifat ma'ani.
Apakah Peranan Sifat Maknawiyah ?
Tujuan sifat maknawiyah dijadikan dan diciptakan tuhan itu, adalah bertujuan untuk menzahirkan, mempernampak dan untuk memperlihatkan sifat kekuasaannya atas makhlok. Hendaknya dengan ciptaan sifat maknawiyah itu, makhlok akan dapat mengenal tuhan melalui tujuh sifat kekuasaanNya.
Rupa alam ini, adalah merupakan bekas, bayang atau wajah tuhan. Oleh itu bagi sesiapa yang berhajat untuk mengenal tuhan, maka lihatlah alam dan jangan lupa untuk melihat pula kepada diri sendiri. Diri kita ini hanya bersifat ma'ani (tetamu) yang menumpang sifat maknawiyah tuhan. Sifat maknawiyah tuhan yang ternyata atas diri kita itu, adalah seumpama rumah, manakala sifat ma'ani pula seumpama tetamu. Diri kita ini, merupakan tetamu yang menumpang rumah tuhan (ma'ani menumpang sifat maknawiyah). Sifat tuan itu hanya ada pada tuhan dan bukan pada diri kita, kita hanya selaku umat (tetamu).
Oleh itu kita jangan sekali-kali bersifat angkoh. Jangan anggkoh sesama manusia, apa lagi kepada tuhan, kerana semua sifat yang ada pada kita itu adalah sifat menumpang, jadi sedarlah diri itu sikit. Selaku menumpang, buatlah cara menumpang, jangan pula tinggi kadok dari junjung. Untuk mengatakan alam ini merupakan tuhan, sudah tentu kurang manis pada pandangan syara' dan tidak layak pada hukum, mana mungkin sifat tuhan untuk disamakan dengan sifat makhlok, tetapi menurut pengajian ilmu makrifat dalam mentafsir sifat 20, telah mengisyaratkan bahawa, segala sifat yang bersifat itu, sebenarnya adalah sifat bagi tuhan, segala nama yang bernama itu, adalah nama bagi tuhan, segala perangai atau gerak geri yang bergerak itu, adalah gerak tuhan dan segala zat yang berzat itu, adalah zat bagi tuhan. Menurut kacamata ilmu makrifat, alam ini sudah binasa, sudah hilang ghaib dalam wajah tuhan. Yang ada (yang wujud) hanyalah tuhan. Jikalau pun ada yang bersifat wujud selain dari tuhan, itu cuma sekadar bayangan nama dari hayalan akal.
Sifat tuhan itu termasuk segala-galanya, yang batin mahupun yang zahir, termasuk sifat yang dulu mahupun sifat yang sekarang. Awal itu adalah tuhan, maka akhir pun juga adalah tuhan. Tinggal lagi cara mana kita memahami sifat 20 dan cara mana kita mentafsir sifat maknawiyah dan sifat ma'ani keatas diri kita. Ianya bergantung kepada cara mana kita meletakkan diri dalam wajah tuhan dan cara mana wajah tuhan itu, terletak pada diri kita. Bagi yang pandai meletakkan sesuai pada tempatnya disitu kita akan dapat melihat dan mengenal tuhan melaluinya. Ianya saling berkaitan antara satu sifat dengan sifat yang lain. Alam mendukung dan mengandungi sifat ma'ani, manakala ma'ani pula didukungi dan dikandungi oleh sifat maknawiyah.
Maknawiyah pula didukung oleh sifat salbiah, manakala sifat salbiah pula mendukung kesemua sifat. Sifat ma'ani dan sifat maknawiyah (sifat menumpang dan sifat yang ditumpangi) adalah menumpang pula sifat salbiah tuhan (sifat kebesaran dan kesempurnaan tuhan)
Tujuan sifat maknawiyah dicipta adalah, bagi menyedarkan diri-diri kita semua, bahawa hidup ini, adalah kerana ada Yang Maha Menghidupkan, pandainya kita ini, adalah kerena adanya Yang Maha berilmu, kuasanya kita ini adalah kerana adanya Yang Maha Berkuasa, kemahuan kita ini adalah kerana ada Yang Maha Berkehendak. Makhlok tidak boleh hidup tanpa yang empunya hidup, makhlok tidak berfikiran tanpa yang empunya ilmu, makhlok tidak berupaya dan tidak berkemahuan, jika tidak dengan keupayaan dan kemahuan tuhan
Apakah Hubungan Sifat Ma'ani dan Maknawiyah Dengan Diri Kita?
Perhubungan diantara sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah itu, adalah seperti berikut;
1. Bukan hayat yang hidup, sifat hidup yang ada pada hayat kita adalah bagi menyatakan dan menzahirkan haiyun yang ada pada zat tuhan
2. Bukan ilmu yang tahu, sifat tahu yang ada pada ilmu kita itu adalah bagi menyatakan dan menzahirkan sifat Alimun yang ada pada zat tuhan
3. Bukan irodat yang berkehendak, sifat berkehendak yang ada pada irodat kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat muridun yang ada pada zat tuhan.
4. Bukan kudrat yang berkuasa, sifat berkuasa yang ada pada kita itu adalah bagi menyata dan bagi menzahirkan sifat kodirun yang ada pada zat tuhan
5. Bukan samak yang mendengar, sifat mendengar yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat samiun yang ada pada zat tuhan
6. Bukan basor yang melihat, melihat yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat basirun yang ada pada zat tuhan
7. Bukan kalam yang berkata-kata, sifat berkata-kata yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat mutakallimun yang ada pada zat tuhan
Sifat ma'ani menumpang sifat maknawiyah, sifat maknawiyah pula menjadi tempat bergantungnya sifat ma'ani. Seumpama sifat penglihatan (ma'ani) bergantung kepada yang memberi penglihatan (makknawiyah), manakala sifat yang memberi penglihatan (maknawiyah) menumpang dan bergantung pula kepada Yang Maha Esa (salbiah). Mempelajari sifat ma'ani yang tujuh dan mempelajari sifat maknawiyah yang tujuh tidak akan memberi apa-apa menafaat, jika ianya tidak dihubungkaitkan dan jika tidak dirujuk kepada diri kita sendiri. Dengan cara menghubungkaitkan pelajaran sifat-sifat tersebut keatas diri kita, barulah ianya mendatangkan menafaat kepada diri.
Bagaimana cara untuk menghubungkaitkan sifat tersebut dengan diri kita ?. Kaedah untuk menghubung kaitkan sifat tersebut dengan diri kita adalah dengan cara melihat kepada sifat mata kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat basor (melihat), melalui basirun tuhan (penglihatan tuhan).
Begitu juga dengan sifat nyawa kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat hayat (hidup), melalui sifat haiyun tuhan(penghidupan tuhan). Apabila kita lihat sifat basor, sifat hayat, sifat sama', dan lain-lainnya, yang ada pada diri kita ini, hendaknya jangan kita lupa untuk memandang kepada tuan yang empunya sifat. Apa gunanya mata, jika tidak dilengkapi dengan penglihatan, apa gunanya telinga, jika tidak dengan pendengaran.
Segala penglihatan dan segala pendengaran kita itu, dari mana asal datangnya, jika bukan daripada tuhan. Apabila kita tahu bahawa semua itu datangnya dari tuhan, hendaknya jangan kita lupa akan asal usul diri kita. Bila kita tidak lupa asal usul, membuatkan kita tidak lupa kepada tuhan selaku tuan punya kepada sifat yang ada atas diri kita ini. Apabila kita sedar bahawa sifat-sifat yang kita miliki dan yang ada atas diri kita ini sebenarnya adalah hak tuhan. Dari itu jangan pula kita lupa untuk dikembalikannya semula kepada tuannya yang asal (tuhan). Inilah kaedah mengenal sifat maknawiyah tuhan atas diri kita. Apa sahaja ilmu yang kita belajar, semuanya menuju kepada penyerahan dan mengenal tuhan
Kita ada mata, telinga, mulut dan sebagainya, namun sifat-sifat tersebut, hanyalah sekadar menumpang sifat penglihatan, pendengaran dan kalam tuhan. Sifat yang ada pada diri kita itu juga, hanyalah sifat sementara yang menumpang kasih dari sifat tuhan. Setelah sedar yang diri kita sekadar menumpang, janganlah kita bersifat anggkoh, bakhil, kedekut, tamak, dengki, khianat dan jangan bersifat sombong. Buat apa sombong, sedangkan pakaian yang kita pakai ini, bukannya milik kita.
Jika kita sudah sedar bahawa itu adalah barang pinjaman, harapnya dikembalikan dengan seberapa segera yang boleh, jangan bertangguh-tangguh lagi. Jika ditangguh-tangguh, bimbang nanti kalau-kalau ajal terlebih dahulu datang menjemput sebelum sempat untuk dikembalikan.
Tujuh sifat ma'ani tuhan dan sifat maknawiyah tuhan itu, hanya akan dapat diterjemah melalui penzahiran sifat makhlok, seumpama anggota mata pada sifat ma'ani bermakna penglihatan pada sifat maknawiyah tuhan, yang hanya dapat diterjemah melalui diri kita. Seumpama sifat pendengaran dan berkata-kata pada maknawiyah, bila diterjemah pada diri kita, ianya akan memperlihat dan mempamerkan sifat kekuasaan tuhan atas sifat diri kita sebagai makhlok. Sifat dua puluh itu, adalah sifat tuhan, sungguhpun begitu, kita hendaklah mentafsirkan ia ke atas diri kita, barulah kita dapat mengenal tuhan melaluinya.
Dari itu juga, ianya menampakkan dan memperlihatkan lagi betapa kecil dan kerdilnya kita. Tanpa sifat-sifat tuhan, kita bukanlah siapa-siapa. Kita tidak boleh berdiri sendiri, tanpa zat tuhan. Bagi yang berpandangan, cuba-cubalah tiliki diri sendiri, dengan cara mengenal diri sendiri, Insyaillah mudah-mudahan supaya tuhan pula dapat kita kenal.
Renungi sedalam-dalamnya ke dalam diri masing-masing. Disitu akan kita temui diri kita yang sebenar dan temui juga akan kebesaran, kesempurnaan dan keagungan tuhan. Sifat yang kita pakai dan sifat yang kita bawa ini adalah hak tuhan sepatutnyalah dan selayaknyalah dikembalikan dan dipulangkannya semula kepada yang berhak.
Diri kita tidak ubah seumpama sifat orang yang sudah mati. Sungguhpun orang mati ada mata, ada telinga dan ada mulut tetapi mata, mulut dan telinganya tidak dapat berfungsi apa-apa tanpa yang menghidupkannya. Yang menghidupkan ma'ani itu, adalah sifat maknawiyah tuhan
Pelajaran ini adalah semata-mata untuk menyedarkan kita, untuk menginsafkan kita bahawa, yang empunya penglihatan, pendengaran, suara, suami, isteri, anak, makan minum, kesihatan, pakaian, perlindungan tempat tinggal dan sebagainya itu, adalah datangnya dari tuhan belaka dan bukannya dari hasil daya usaha atau titik peluh kita. Kebanyakkan dari kita tidak nampak dan tidak sedar, yang semua itu adalah datangnya dari tuhan. Ada diantaranya, sengaja buat-buat tidak nampak.
Kebanyakkannya hanya pandang sifat mulut, hanya nampak sifat mata dan hanya lihat sifat telinga, tidak terpandang oleh mereka kepada yang empunya penglihatan, pendengaran dan tidak terpandang kepada tuan asal yang empunya segalanya. Sekali lagi marilah sama-sama kita kembali kepada tuhan. Supaya dengan cara ini, kita memperolehi ketenangan jiwa, redho dengan apa yang berlaku, ikhlas dalam berkehidupan, jujur dalam pekerjaan dan membuatkan hati kita sentiasa berserah kepada tuhan Yang Maha Esa.
Bagi yang masih tidak nampak, sesungguhnya mereka itu buta. Buta mata zahir dan buta mata hatinya. Selagi diri tidak dibinasakan (diserahkan) kepada tuhan selaku tuan asal yang empunya segalanya, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk membezakan antara sifat tuhan dengan sifat diri kita. Apakah mereka sangka sifat diri kita sama dengan sifat tuhan! Sifat tuhan tidak sama dengan sifat makhlok, tetapi dalam masa yang sama, ianya juga tidak lain dari itu.
Hidup ini seumpama suara yang tersimpan di dalam halkum. Segala apa yang terjadi (terzahir) dan yang bakal terjadi itu, sudah sedia ada dalam pengetahuan tuhan, sudah tertulis, termeterai dan terpahat di dalam ilmu tuhan sejak azali lagi, tanpa berubah atau terpinda sedikitpun darinya. Segala kejadian itu, akan terjadi dan akan terzahir mengikut apa yang sudah tersurat, itulah makanya sebagai umat Islam, di sarankan supaya berserah diri dan.. (bersambung )
selepas kenal sifat zahir
kenali pula sifat batin
No comments:
Post a Comment