Friday, 11 January 2019

malaikat

ADAKAH JIBRAIL SUDAH PENCEN? KERANA RASUL YG AKHIR SUDAH WAFAT, MAKA TUGAS MENYAMPAI WAHYU PUN SUDAH BERAKHIR.APAKAH BENAR BEGITU??
untuk menjawab persoalan ini, Marilah sama2 kita cuba mengenali tentang Malaikat dan mengenali "JIBRAIL" dan tugas-tugasnya.
Mahasuci tuhan yg menciptakan sejenis makhluk yg bukan ada jantina(tidak lelaki dan tidak perempuan) yg perkasa lagi indah dan memiliki berbagai keanehan.Hakikat hidup mereka amat jauh berbeza dgn kehidupan manusia, inilah yg dinamakan makhluk bernama MALAIKAT .
umat manusia dan jin  mewajibkan kita beriman kpd perkara yg ghaib serta Alam Malaikat dgn sepenuhnya, mengingkari adanya perkara ghaib serta alam malaikat adalah sesuatu kesesatan yg nyata. Semua manusia tidak mengetahui sedikit pun tentang tabiat dan bahan kejadian malaikat, kerana al kitab tidak menyebutkan tentang tabiat kejadiannya, tetapi Al kitab menyatakan Malaikat merupakan makhluk alam ghaib yg tidak dpt dilihat oleh mata biasa.
Malaikat dijadikan drpd cahaya tuhan ( NUR tuhan) dan berbeza dgn JIN iaitu sejenis makhluk di alam ghaib juga tetapi JIN dijadikan dari asap. Tubuh malaikat itu adalah terang, bersih dari segala kekotoran najis zahir mahupun batin, tiada mempunyai keraguan jiwa( tidak was was seperti manusia ) dan tiada Nafsu Bahimiah ( dorongan sifat kebinatangan spt makan, minum, hub seks, tidur dan lain2), tidak melakukkan kesalahan dan kesilapan, mereka adalah makhluk yg tersuci kerana tidak merderhaka kpd tuhan sama sekali.dan dpt keampunan dari tuhan dari ketaatan pd manusia
Seorang malaikat disebut "MALAK" dan jika lebih dari satu atau ramai disebut "MALAIKAT". Para malaikat keseluruhanya mempunyai dua bidang tugas iaitu:
1) Golongan malaikat yg membawa rahmat ( kebaikan ) kpd manusia dan semua makhluk yg lain, dipanggil "ALROHANIYUN"
2) Golongan malaikat yg membawa keburukkan dan menyiksakan kpd manusia dan jin yg melanggar hukum tuhan, dipanggil "ALKARUBIYUN"
Kedua2 golongan malaikat ini diketuai oleh Malaikat JIBRAIL ALAIHISALAM. JIBRAIL bertindak sebagai ketua para malaikat-malaikat yg dicipta oleh tuhan. Malaikat ialah sejenis makhluk rohani yg dikurniakan oleh tuhan keupayaan utk menjelma di dlm bentuk yg berlainan( berbeza-beza). Sesungguhnya para malaikat itu tidaklah diciptakan sekaligus seperti ciptaan seluruh roh manusia ( AL ROH INSANI ), malah mereka diciptakan di dlm beberapa kali atau beberapa peringkat pada setiap zaman ( dahulu, sekarang dan akan datang ) dan sentiasa bertambah bilanganya.
Setiap kali manusia beristifar dan bertasbih akan tuhan, tenaga malaikat semakin bertambah dan seterunya membiak. Dengan ini pertambahan malaikat dapat disaksikan dgn penuh keyakinan apabila setiap kali manusia tengelam di dlm jiwa yg 'mutmainah' ketika masa mereka beristifar dan bertasbih dgn penuh kefahaman dan keikhlasan, setiap itulah manusia itu dpt merasai ingin sangat utk meneruskanya. Malah keinginan manusia itu terus bertambah dan mendalam setiap kali dia merasa cahaya semakin bertambah di dlm dirinya Serta bertambah kebahgiaan dilubuk jiwanya yg menyelubunginya, setiap itulah dia merasa mendapat pertolongan yg tercetus dari dlm hatinya dan bantuan datang mencurah dari sekitarnya. Itulah merupakan satu bukti penambahan malaikat disekelilingnya.
Terdapat dua peringkat malaikat yakni malaikat peringkat rendah dikenali dgn nama "AL MALAIL SAFIL " dan malaikat peringkat tinggi di kenali dgn nama "AL MALAIL A'LA". AL MALAIL SAFIL tidak mempunyai sayap kerana mereka hanya berkhidmat di kawasan masing2 shj dan tidak bergerak ke tempat yg jauh di alam nyata atau ghaib. Selain dari Al MALAlL SAFIL, hampir semua malaikat mempunyai sayap, sekurang2nya dua sayap, sesuai dgn kehidupan mereka di alam ghaib. Ada juga malaikat diberi tugas menjalankan beberapa pentadbiran tentang kemakmuran di bumi.
Malaikat mempunyai sayap utk terbang pantas dan bertindak sebagai daya kekuatan tersendiri. Perbezaan bilangan sayap para malaikat adalah menunjukkan perbezaan di dlm kedudukan( maqam atau pangkat ) mereka di sisi tuhan. Semakin banyak sayapnya adalah tandanya semakin tinggi pangkatnya ( MALAIL A'LA ) termasuk JIBRAIL yg mempunyai beratus2 sayap.
PERIHAL BERKENAAN JIBRAIL
Ibnu Mas'ud r. a pernah meriwayatkan "Rasulillah  pernah menyaksikan JIBRAIL berpakaian hijau di mana tubuhnya memenuhi ruang antara langit dan bumi"( hadis riwayat Muslim )
Makna perkataan "JIBRAIL" dlm bahasa Ibrani ialah " Hamba tuhan " sama dgn bahasa Arab "ABDULLAH". Perkataan "IL" di dlm bahasa Ibrani membawa erti  TUHAN " dan perkataan "JIBRU" beerti "HAMBA".
Al kitab menyebutkan jibrail dgn beberapa gelaran, Di antaranya adalah :
1) "Rohul Qudus" yg beerti "ROH YG SUCI"
( surah 16: Al Nahli ayat 102 )
2)" Roh Al Amin" yg beerti "ROH YG AMANAH.
LAGI DIPERCAYAI" ( surah 26: Ash-Syu'ara
ayat 193 )
3) " Ar Roh "( surah 97 Al Qadar ayat 4 )
4) "Rasulin Karim" yg beerti "UTUSAN YG MULIA" ( surah 81:Al Tak'wir ayat 19 ) dan ( surah 69: Al Haqqah ayat 40 )
Para malaikat itu ketika berada di alam ghaib mereka tidak perlu menjelma, cukuplah dlm bentuknya yg asli. Apabila turun ke bumi terutama ketika hendak menghubungi para Rasul atau manusia lain yg tertentu, dgn rupa yg cantik dan serba indah. Al kitab telah pun mengsifatkan JIBRAIL a.s dgn sifat2 utamanya, Di antaranya dgn kata2:
1) "NUR MIRROTI" memiliki paras indah dan berseri mulia dan berakal benar. ( surah 53: An Najmi ayat 6 )
2) JIBRAIL mempunyai kekuatan yg bersangatan gagah perkasa ( Surah 53: An Najmi ayat 5 ) ( Surah 81: At Takwir ayat 20 )
3) JIBRAIL juga bersifat amat di patuhi dan di taati dikalangan para malaikat di alam ghaib( Surah 81: At Takwir ayat 21 )
JIBRAIL mempunyai tugas suci sebagai PENYAMPAI UTUSAN tuhan kpd para ANBIA ( NABI2 ) yg mulia, PEMBAWA WAHYU DAN ILHAM drpd tuhan yg menjadi petunjuk suci yg mendorong kpd kebaikan bagi penghuni bumi, disamping tugas utk menyelesaikan satu2 masalah. JIBRAIL adalah menjadi ketua tentera dari tentera-tentera tuhan dan sebagai Ketua bagi sekalian makhluk2 pentadbir urusan kehidupan di dunia dan menyampaikan hajat keperluan mereka. JIBRAIL juga memegang jawatan sebagai "Pengurus Angin ". JIBRAIL pernah bertugas sebagai teman dan pemandu Rasulillah  di dlm satu pengembaraan yg besar yakni peristiwa Israk dan Mikraj.
JIBRAIL Dan MIKAIL telah dilantik oleh tuhan sebagai menteri bagi Nabi yg dipilih drpd penghuni ghaib sama seperti dua orang menteri baginda drpd penduduk bumi yakni Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a.
Tugas JIBRAIL juga ialah menyampaikan wahyu2 kpd kesemua Nabi-Nabi yg diutuskan sebelum Nabi ahmad serta menyampaikan ILHAM dari tuhan kpd manusia sekalianya. Hal ini berjalan terus menerus sepanjang hari khiamat kerana JIBRAIL tidak akan pencen sepertimana malaikat2 lain yg masih bertugas seperti malaikat yg /menjaga/mencabut nyawa, yg menulis amal baik, yg mengurniakan rezeki yg masih bertugas sehingga kini.
Setelah kita mengenali JIBRAIL sebagai makhluk di alam Misal yg indah dan terkenal dgn sifat patuh dan taat segala arahan dari tuhan, maka sepatutnya kita hendaklah bersikap lebih taat kpd peraturan/undang2 tuhan dan melaksanakn amanah dari 4 kitab  pada masa kita masing2 diberi kesempatan hidup dlm jangka masa yg terhad di dunia yg fana Ini.
Malak JIBRAIL, satu drpd makhluk Alam Misal, berupa cahaya Tajalli tuhan yg terpancar dari Hadiratul Qudsi( Tembok Suci ). Selain drpd menyampaikan wahyu dan ILham kpd manusia, JIBRAIL juga bertugas menimbulkan daya tenaga atau kekuatan akal bagi manusia utk berfikir, bergerak maju dan membina ke arah kebaikan dan kesempurnaan hidup manusia yg umum. WALLAHU'ALAM. HANYA tuhan YG MENGETAHUI SEGALA2NYA.
semua malaikat berada dlm diri setiap manusia
jibrail berada pd akal 
manusia boleh berfikir
Al fatihah kpd arwah guru kami-
Shahwaliullah Al Dihlawi,
Maulana Ubaidillah Sindhi,
Hj Nik Mohd Salleh Mufti Hj Wan Musa,
Hj Nik Abdullah Mufti Hj Wan Musa,
Maulana Hj Hassan AL Lucknowi,
Serta Terima Kasih kpd-
Saudara Abdul Manaf Husin Bukit Tuku Machang.
Kerana kalian semua meninggalkan ilmu yg amat bernilai ini utk kami semua, Moga2 tuhan memberi rahmat yg mencurah2 di atas jasa kalian mengembangkan ilmu utk manfaat kpd manusia yg sejagat.

No comments:

Post a Comment