Fahami betul betul ..bahawa yang kita berani akui ialah bahawa DIRI HAKIKI itu ialah ZAT Allah ( bukan manusia / bukan diri / bukan diri sendiri / bukan jasad / bukan nyawa tetapi DIRI HAKIKI atau DIRI YANG SEBENARNYA DIRI. ) Kalau ada manusia yang mengaku Tuhan dia memang orang gila.
Jasad manusia itu sebenarnya MATI. Jasad kelihatan HIDUP kerana dihidupkan oleh NYAWA atau RUH. Yang dikatakan Ruh itu susah nak faham / tak ramai orang faham / susah untuk memahamkan orang sebab pengetahuan kita berkaitannya amat sedikit..sebab otak manusia tak dapat memahami apa yang dikatakan sebagai Ruh.
Perumpamaan Allah untuk menjelaskan tentang RUH ialah Surah An-Nur ayat 35. Baca ayat ini berulangkali…tadah tangan minta Allah beri penjelasan . InsyaAllah Allah akan beri penjelasan. Cakap orang nogori …lalu faham yo laaai.
Hayati juga FirmanNya yang bermaksud : Dia Allah yang memasukkan siang kepada malam, memasukkan malam kepada siang, memasukkan yang mati kepada yang hidup dan memasukkan yang hidup kepada yang mati. Allah memberi rezeki tanpa tehitung banyaknya kepada siapa yang dikehendakkiNya.
Siang msk kpd malam ..malam akan jadi terang benderang…malam masuk kepada siang..malam itu terus hapus menjadi siang…yang menerangkan itu ialah NUR atau cahaya…rahsia rahsia itu berbentuk cahaya cahaya. Yang mati masuk kepada yang hidup..yang mati itu terus hidup…yang hidup masuk kpd yang mati ..yang mati tadi terus hidup. Yang mati itu jasad. Yang hidup itu nyawa atau ruh atau Zat Allah. Rezeki yang tak terhitung ? Fikir sendirilah.
Fahami juga maksud manusia dan insan. Yang dirujuk oleh Allah sebagai makhluk paling sempurna bukannya manusia tetapi INSAN. Yang dirujuk oleh Allah sebagai RAHSIANYA bukan manusia tetapi INSAN.
INSAN ialah ZAT ALLAH yang menghidupkan jasad manusia itu. Allah merujuknya sebagai RUHKU. Ulama merujuknya sebagai RUHUL QUDDUS / Tiflul Maani
Yang dikatakakan nyawa atau ruh itu merupakan lapisan lapisan cahaya. Apakah cahaya itu hanya Allah yang tahu…Syeikh Abd Qadir Jailani sebut empat lapisan cahaya yang dinamakannya pertama yang paling luar Ruh Jasmani selepas itu ada Ruh Ruhani . Didalamnya ada selapis lagi ruh dinamakannya Ruh Sultani.
Didalamnya ada ruh yang menghidupkan segala lapisan ruh ruh tadi yaitu apa yang dirujuknya sebagai Ruh Al-Qudsi dan juga disebutnya sebagai Tiflul Maani. Maksud Tiflul Maani ialah bayi suci yang perlu dilahirkan semula.
Dr Bagindo Muchtar didalam manuskripnya Memandang Kedalam merujuk kepada 3 lapisan ruh sahaja iaitu pertama yaitu dilapisan paling luar mealiri kulit dan lain lain ialah Ruh Jasmani. Didalam jantung manusia ada Ruhani. Baginda Mukhtar merujuknya sebagai DIRI atau DIA .
Didalam Ruhani ada Ruh Al-Qudsi yang juga dirujuk oleh beliau sebagai AKU atau Diri Yang Sebenarnya Diri. Untuk memecahkan lapisan ini perlulah dilakukan secara tertib ..bermula dengan Ruh Jasmani , kemudian Ruhani dan matlamat terakhir ialah AKU atau Ruhku.
Bagi Baginda Muchtar semua lapisan tadi bukannya Tuhan tetapi Sifat Ketuhanan. Mengikut ulama tasauf yang lain…Ruh itu dirujuk sebagai RAB manakala Allah itu sebagai RAB SELURUH ALAM atau RAB SEGALA RAB atau RABBUL ALAMIN. Ini bukan pula membawa maksud Allah itu banyak atau berlapis-lapis. Ia hendaklah difahami dalam konteks MUHITH.
Pada peringkat awal memadailah kita meyakini bahawa Ruh atau nyawa manusia itu Bersifat Ketuhanan yang selalunya disebut ulama sebagai Al-Latifah Rabbaniah. Jangan terburu-buru dalam menuntut ilmu..belajar hapuskan kehendak badan…sebab ianya nafsu nafsi…
Lepas itu kita tanya diri kita…bolehkah dipisahkan Zat dan Sifat itu ? Contohnya bolehkah kita pisahkan zat gula iaitu rasa manis dari sifat gula yang putih kristal itu ? . Barangkali boleh …bila kita bancuh kopi …rupa gula ( sifat gula ) lebur ..yang tinggal ialah rasa manisnya ( zat ) Tetapi bila kita suling kopi itu sifat gula yang putih kristal itu muncul semula…kita sebenarnya ditipu oleh pandangan mata ..dan lepas itu kita akan faham serta yakin zat dan sifat itu adalah satu jua…dia jadi dua kerana kita yang guna dua istilah dalam usaha kita untuk memahaminya.
Begitu jugalah halnya bila kita bercakap berkaitan Zat / Sifat / Af’al / Asma’ Allah hingga ada yang bertelegah tentang sama ada ia bersifat azali atau baharu dan sebagainya. Pada hakikatnya perkataan / kalimah kalimah itu adalah jargon atau istilah untuk memahami ilmu…Zat Allah tetap Zat Allah tidak berpisah dengan deskripsi kita…seperti Sifat / Asma’/ Afal dan sebagainya. Ulama’ wujudkan istilah itu untuk faham dan untuk memahamkan orang lain
No comments:
Post a Comment