Monday 29 January 2018

Seorang puteri yang masyhur di Kelantan


ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - puteri wirawati melayu yang dilupakan. Seorang puteri yang masyhur di Kelantan dimasa lalu ditanah semenanjung ini. Beliau bukan sahaja mengangkat mertabat bangsa melayu bahkan berjaya membuktikan kemampuan kaum wanita di medan perang mahupun dalam seni mempertahankan diri. Demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan semenanjung tanah Melayu dari dijajah oleh pihak musuh, puteri Melayu ini bertindak memengal kepala salah seorang raja siam (thai) yang zalim. Sekaligus menjadikan nama baginda begitu gah dalam sejarah bangsa melayu. Adruja Wijayamala singa (1335-1345) berasal dari Grahi sebuah negara kota terletak di utara semenanjung tanah Melayu yaitu antara sepadang thai dan tanah melayu. Baginda merupakan puteri kesayangan kepada raja sang tawal atau sultan Muhammad (1267-1335) maharaja Grahi ke tiga. Beliau mempunyai empat saudara kandung dua lelaki dua perempuan. Mereka ialah Raja Bharubhasa, Raja singhadiraja, puteri Cendana dan Puteri Linang Cahaya. Oleh kerana Adruja memiliki sifat keperibadian yang tegas dan garang, rakyat Grahi yang berketurunan melayu-hindu telah mengelar puteri melayu ini sebagai "Dewi Durga ". Lebih menarik lagi, Adruja merupakan keturunan srimat trailokyaraja maulibhusana warmadewa, maharaja srivijaya Melayu ( palembang - jambi) dari dinasti mauli ( nama sebenar maharaja tersebut ialah Demang lebar Daun)
Adruja= nama yang di pendekan dari sebutan asal "Adhi raja" yang bermaksud raja yang besar, mulia tinggi darjatnya.
Wijayamala = merujuk kepada sejenis bunga seroja sakti yang dikatakan dapat menghidupkan orang mati.
Singa = merupakan variasi bagi sebutan "simha" bermaksud singa - raja segala haiwan.
Inilah sejarah dan seorang puteri yang hebat telah dilupakan sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment