Tuesday 30 January 2018

ingatlah kita tidak tahu

Usia kita semakin hari semakin berkurangan tetapi kita tidak pernah risau atau khuatir, tetapi jika harta semakin berkurangan kita menjadi khuatir dan teramat bimbang, sedangkan harta yang berkurangan kita boleh berusaha la mengumpul kembali, sedangkan umur yang berkurangan tidak dapat kita kumpul kembali. 
Nikmat yang kita Nikmati ini sampai masa akan dihintung dan ditanya apakah kita mensyukurinya, kejalan apa kita telah gunakan Nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Tetapi ramai diantara kita tidak pernah nak mensyukuri walaupun hanya sebutir nasi.
Kita semakin lama semakin hampir dengan akhirat dan semakin jauh kita meninggalkan dunia, tetapi kita sentiasa membesarkan dunia sedikit pun kita tidak merasa risau yang kita ini semakin hari semakin menghampiri akhirat. Tetapi kita semakin hari semakin lalai dengan dunia. Akhirnya kita mati dalam keadaan sia sia seumpama matinya binatang, ingat mati binatang itu lebih mulia dari kematian kita, kerana ingatlah kita tidak tahu apa yang sedang menanti kita selepas kematian.

No comments:

Post a Comment